KEAHLIAN kontroversi
Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF)
diisytiharkan batal dan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.
Hakim Datuk Zaleha Yusof
membatalkan keputusan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Mei lalu bahawa
walaupun ia mendapati KPF melanggar undang-undang kecilnya dalam menerima Isa
(bawah) sebagai ahli, tetapi memutuskan dia boleh kekal sebagai ahli.
Keputusan hari ini akan
menjejaskan usaha Isa untuk menjadi pengerusi KPF seperti yang pernah
dicadangkan sebelum ini, tetapi dibantah oleh beberapa ahli KPF. KPF merupakan
koperasi terbesar di Malaysia.
"Hakim telah bersetuju
dengan kami bahawa keputusan yang dibuat oleh suruhanjaya itu adalah tidak
wajar dan diberikan mandamus (perintah) untuk keahlian Isa dibatalkan. Dalam
erti kata lain, beliau telah membenarkan permohonan kami untuk semakan kehakiman,"
kata Peguam Mohd Hanipa Maidin, yang mewakili peneroka Felda yang memfailkan
permohonan itu.
Oleh itu, katanya, mahkamah
juga membenarkan satu certiorari untuk membatalkan keputusan SKM itu.
Abdul Talib Ali dan tiga
anggota lain KPF telah memohon untuk semakan kehakiman berikutan keputusan
suruhanjaya itu Mei lalu.
Mereka yang mencabar
keputusan tiga anggota MCSC membenarkan Isa kekal sebagai ahli KPF walaupun ia
mengakui pelantikan Isa adalah tidak sah.
Mereka menamakan ahli panel
suruhanjaya dan KPF sebagai responden.
No comments:
Post a Comment