Saudara Pegarang,
SUKACITA saya ingin merujuk artikel
yang ditulis oleh Jafar Mustafah di Sabahkini.net bertajuk 'Kenapa Salahkan
Menteri KKLW?' yang tersiar pada 8 Januari 2013.
http://www.sabahkini.net/index.php?option=com_content&view=article&id=16969:kenapa-salahkan-menteri-kklw&catid=66:surat-pembaca&Itemid=72
Sebagai penduduk Kampung
Lupak Meluas, Sandakan dan keluarga kami
yang menjadi mangsa rumah runtuh, memang kami tidak menyalahkan kerajaan melainkan
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
(KKLW) terutama sekali menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang melantik
FELCRA sebagai Agensi Pelaksana yang langsung tidak bertauliah.
Dalam sepuluh orang rakyat
di negara ini, khusnya di Sabah, mungkin hanya Jafar seorang sahaja yang
menyokong dan mengangkat kaki Shafie Apdal dan selebihnya mengutuk
habis-habisan Menteri berkenaan.
FELCRA bukanlah agensi
bertauliah yang mahir dalam bidang kejuruteraan awam atau struktur binaan
kerana mereka hanya mahir tanam kelapa sawit dan getah.
Persoalannya, kenapa Shafie
memandai-mandai menterbalikkan akauntabiliti awam dengan melantik FELCRA sebagai
agensi pelaksana semua projek KKLW? Mungkin kerana angau dengan artis sehingga
buat tabiat sudah Menteri yang menggelarkan dirinya 'Blue Eyed Boy' Perdana
Menteri Malaysia.
Realitinya, Jafar kalau
bercakap mengalahkan Ketua Menteri Sabah dan paling ketara betul mengangkat
kaki atau membodek Shafie sehingga ke tahap 'Gaban'.
Tidakkah Jafar sedar bahawa
sudah beberapa kali rumah PPRT yang dibina FELCRA atau kontraktor mereka runtuh
menyembah bumi, dari Semporna sehingga ke Sandakan; sekadar untuk memberi tahu
manusia yang bertamaddun bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan KKLW dan
menterinya.
Saya agak kesal kerana Jafar
berlagak seperti 'Pelesit' yang mempertahankan 'Iblis' dengan menyalahkan semua
kontraktor yang bertanggung jawab membina rumah-rumah PPRT/PBR tetapi
melindungi dan mempertahankan 'Sifunya' (Shafie) sebagai 'maksum' dan 'tidak
bersalah'.
Memandangkan FELCRA telah
dilantik sebagai pemantau, agensi pelaksana atau penyelia projek, maka mereka
hendaklah memastikan semua spesifikasi dipatuhi dan tidak menjalankan
pemeriksaan sambil lewa; bukan sekadar meluluskan bayaran projek agar
masing-masing mendapat habuan.
Dalam hal ini, bagi mencapai
kepincangan sifar atau 'Zero Defect'; FELCRA boleh bekerjasama dengan Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS) untuk mempastikan rumah-rumah tersebut berkualiti dan
bukannya membiarkannya sebagai 'Kanding Kambing'; malah memberi alasan lebih
jahil daripada kanak-kanak tadika; "Tiang Rumah dicuri!"
Agak melucukan kerana Jafar
ini hanya temberang sahaja dan semua penduduk Kampung Air, Kampung Bokara dan
Kg Karamunting mengenali Jafar sebagai 'Pengilap Kasut' Menteri terutama
Menteri KKLW dan siapa sahaja yang boleh meluluskan projek kepadanya.
Jafar yang hidup dengan
menjual 'Air Liur Basi' bukanlah siapa-siapa di Sandakan dan kami merasa rugi
jika Kerajaan melantiknya sebagai Pengerusi JKKK yang hanya tahu membodek.
Salam Hormat,
JAMALUDIN IKBAL BIN DANDI
Kg Tabah Baru, Karamunting
No comments:
Post a Comment