BISKOP Katolik, Dr Paul Tan
Chee Ing berkata seruan Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali supaya orang Islam
membakar kitab Injil yang menggunakan kalimah Allah adalah "kenyataan
berapi-api yang melampaui batas wacana sivil di Malaysia."
Ketua gereja Katolik
Melaka-Johor itu berkata beliau menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk
mengambil tindakan memandangkan kenyataan itu kini diketahui khalayak umum.
Katanya, ini juga merupakan
waktu terbaik untuk melihat sama ada slogan 1Malaysia yang dicanangkan kerajaan
mengandungi apa-apa makna atau hanya slogan untuk meraih undi.
Beliau mengulas kenyataan MP
Pasir Mas itu, seperti dipetik dalam satu laporan portal Free Malaysia Today,
yang menggesa orang Islam supaya membakar naskhah bible dalam bahasa Inggeris –
Al-Kitab – untuk menghentikan tindakan mengina sensitiviti orang Islam.
Laporan itu menyebut,
Ibrahim menyatakan demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas
menyampaikan ucapan dalam satu konvensyen PERKASA di Pulau Pinang.
Ucaptama program tersebut
disampaikan oleh Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
No comments:
Post a Comment