MEMECAHKAN kesunyian, saksi
tunggal dan kekasih kepada mangsa rogol berkumpulan di Delhi mendedahkan, tiada
sesiapa pun berhenti membantu dan ketibaan polis hanya membuang masa untuk
memutuskan kes itu bawah bidang kuasa balai yang mana.
"Kami tidak berpakaian.
Kami cuba hentikan orang yang lalu lalang. Beberapa beca bermotor, kereta dan
motosikal memperlahankan kenderaan tetapi tiada siapa pun berhenti kira-kira 25
minit.
"Kemudian, seseorang
yang sedang meronda berhenti dan panggil polis," katanya dalam wawancara
dengan Zee News yang berpangkalan di India pada Jumaat malam.
Menurut Bernama dan Reuters
pula, beliau memberitahu pihak yang menemuramahnya bahawa tiada sesiapa,
termasuk polis memberikan mereka pakaian atau menelefon ambulans.
"Mereka hanya
memerhatikan kami," beliau dipetik sebagai berkata.
Menurutnya lagi, selepas
mengulang minta, seseorang tampil memberikannya sebahagian alas tilam untuk
menutup badan temannya.
"Jika kamu dapat bantu
seseorang, bantulah. Jika ada seorang tampil tolong saya pada malam itu, keadaan
mungkin akan berbeza," katanya. (AGENSI)
No comments:
Post a Comment