PINDAH......Abdul Diuh menunjukkan papantanda projek jalan yang sepatutnya dilaksanakan di Kampung Sungai Tohok Jalan Lurus tetapi dipindahkan ke perkampungan setinggan di hujung Sungai Tohok.
SABAHKINI.NET telah menerima
lebih 700 aduan sejak Jun tahun lalu berhubung tindakan pegawai dan Menteri
Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) yang digelar sebagai 'PELIWAT' projek,
terutama melalui projek 'TOP-UP'.
Ramai kontraktor bumiputera
diperdaya kerana dipinjam lesen mereka untuk mencukupkan korum tender terhad,
namun hanya segelintir yang berani tampil untuk membuat pengakuan kerana
menerima pelbagai ancaman daripada Pegawai KKLW yang selama ini hidup atas
keringat dan air mata kontraktor.
Sebelum ini, Sabahkini.net
telah menyiarkan Videoklip bertajuk 'KKLW Perompak?' yang menimbulkan pelbagai
reaksi di kalangan ahli UMNO di Semporna ekoran pengakuan tulus ikhlas Ketua
Cawangan UMNO Kg Damai, Semporna, Rukiah Binti Tampi.
Ekoran daripada itu,
Sabahkini.net telah menemui Ketua Cawangan UMNO Kampung Sungai Tohok Jalan
Lurus, Abdul Diuh Marasarin di Semporna baru-baru ini setelah beliau
menghubungi Pejabat Sabahkini.net di Kuala Lumpur.
Menurut Abdul Diuh, beliau
terpaksa mendedahkan kepincangan KKLW ini demi untuk memastikan Kerajaan BN
terus memerintah negara kerana sikap buruk yang diamalkan Pegawai KKLW sukar
dikendali oleh Menteri KKLW telah menghilangkan kepercayaan ahli UMNO dan
kontraktor bumiputera.
Sebagai Ketua Cawangan UMNO
dan kontraktor bumiputera Kelas F (Pukonsa) yang tulen (bukan subkontraktor
cari makan), beliau kesal kerana pentadbiran kucar kacir KKLW sehingga berlaku
ketidak wajaran iaitu tindakan 'meliwat' projek (merampas projek yang
diusahakannya).
Lebih malang lagi kata Abdul
Diuh, kontraktor yang meliwat tender menawarkan rasuah RM5,000 agar beliau
berdiam diri dan tidak membuat aduan kepada pihak atasan kerana mereka yang
mendapat tender projek berkenaan.
"Saya tidak bersetuju
dengan tawaran berkenaan dan saya minta mereka beri pampasan RM 15,000, bukan
merasuah saya; terutama bagi menampung kos kerugian saya menguruskan projek
berkenaan," ujar Abdul Diuh yang terkilan dengan kes 'peliwatan' projek
secara berleluasa di Semporna.
Kata Abdul Diuh, beliau
memohon projek berkenaan untuk menaiktaraf prasarana Kampungnya setelah
mendapat sokongan padu Ketua Perhubungan UMNO Sabah.
Malangnya, kata Abdul Diuh,
setelah ditender dan beliau ikut serta, projek berkenaan diberikan kepada
kontraktor luar, H.L.Enterprise yang merupakan proksi Pegawai dan kroni Menteri
KKLW.
Tegas Abdul Diuh lagi,
sebagai Ketua Cawangan UMNO, beliau telah berusaha untuk membangunkan kampung
tradisi di kawasannya dengan pelbagai cara termasuk memohon projek menaiktaraf
prasarana dan telah membelanjakan banyak kos untuk memohon sokongan, membuat
kertas kerja, menghantar permohonan dan pelbagai kos untuk menguruskan projek
berkenaan di Kota Kinabalu dan Kuala Lumpur.
SETINGGAN......Jalan yang dibina terletak di kawasan setinggan yang menggunakan tanah Sekolah Kebangsaan Sungai Tuhok.
Kata Abdul Diuh, KKLW
menawarkan projek berkenaan kepada H.L.Enterprise dengan kos RM148,000,
sedangkan beliau menawarkan RM 136,000 untuk melaksanakan projek yang
dipohonnya sejak tiga tahun lalu.
"Apabila saya tidak
bersetuju menerima tawaran mereka, maka kontraktor dan pegawai KKLW memindahkan
projek berkenaan ke kampung haram yang bersetinggan di atas tanah Sekolah Kebangsaan
Sungai Tohok," kata Abdul Diuh yang
menggesa agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan
siasatan dan mengambil tindakan segera.
Sebagai Ketua Cawangan UMNO
yang telah lama berjuang dan turut mengangkat Menteri KKLW sebagai Naib
Presiden UMNO, Abdul Diuh kesal dengan tindakan tidak bermaruah begini dan
tidak teragak-agak pergi ke sebelah (pembangkang) jika KKLW terus 'meliwat'
projek dan kontraktor bumiputera seperti ini.
Saksikan VIDEOKLIP KHAS pengakuan
Abdul Diuh di lokasi projek setelah diwawancara di sebuah restoran di Semporna
baru-baru ini. Video berkenaan dinilai
tambah dengan beberapa sarikata 'tersirat' bahasa Bajau sebagai Satira 'Jenaka
Politik' di abad mellinium.
No comments:
Post a Comment