BRASILIA : Seorang remaja
Brazil mahu melelong daranya supaya wang yang diperoleh itu dapat membantu
merawat ibunya yang uzur.
Menurut media tempatan,
Rebecca Bernardo, 18, sedia mengorbankan daranya untuk mengadakan hubungan seks
dengan mana-mana lelaki yang menawarkan bidaan tertinggi.
Kini menuntut di sekolah
menengah, Rebecca berkata, dia mendapat idea menjual kehormatan dirinya selepas
membaca kisah Catarina Migliorini sebelum ini. Catarina menerima bayaran RM2.5
juta kerana menjual daranya akhir November tahun lalu.
Sejurus selepas menawarkan
daranya, Catarina mendapat bidaan daripada lelaki seluruh dunia. Justeru,
Rebecca berkata, dia berharap keadaan sama berlaku terhadap dirinya. “Wang yang
diperoleh nanti akan digunakan merawat ibu saya yang terlantar akibat strok,”
katanya.
Sebelum ini, kata Rebecca,
dia cuba menjual barangan kosmetik dan menjadi pelayan tetapi wang diperolehnya
tidak mencukupi. Sementara itu, jiran Rebecca berkata, gadis terbabit tidak
pernah tahu siapa bapanya. Kata mereka, kakak Rebecca pula mati tahun lalu.
“Tiada sesiapa lagi yang
boleh membantu kerana Rebecca tinggal bersama ibunya di rumah. Strok
menyebabkan ibu Rebecca cuma mampu terbaring.
“Bagi kami, tindakan Rebecca
itu boleh dianggap sebagai pilihan terakhir dia untuk membantu ibunya,”
katanya. Setakat ini bidaan tertinggi untuk dara Rebecca ialah RM170,000.
No comments:
Post a Comment