Saudara Pengarang,
PROJEK Community Drumming (CD)
adalah projek yang dikelolakan oleh KPDNKK menerusi Majlis Harga Barang Negara
(MHBN) telah dijalankan di Sabah sejak tahun 2009 lagi.
Kini Projek ini telah
merangkumi hampir seluruh negeri Sabah; walaupun pada asalnya hanya bagi
penduduk di luar bandar yang susah dan mahal bagi mereka untuk mendapatkan
Petrol dan Diesel.
Projek ini adalah bagi
memberi 'Political Mileage' kepada Ahli Parlimen dan Adun Barisan Nasional di Sabah
seterusnya menjadikan negeri ini sebagai Fixed Deposit untuk BN pada PRU 13
nanti.
Namun wujud pihak yang sudah
sedia lebih awal lagi yang menggunakan CD sebagai senjata mensabotaj rakan di
dalam BN bagi mengumpulkan kekayaan sendiri.
Rantaian kumpulan ini amat
kuat di KPDNKK kerana penglibatan dari peringkat tertinggi kementerian melalui
pejabat menteri, seterusnya ke Pejabat KPDNKK.
Sabah yang diorkestrakan
oleh bukan Pengarah Negeri, tetapi oleh seorang wanita yang cukup licik yang
memegang jawatan Penolong Pengarah Kanan yang telah dapat memujuk Pengarah Negeri
yang baru untuk turut serta dalam komplot membolot projek CD ini bagi tahun
2013.
Kisah ini seakan 'Triangle
Of Love' di mana ketiga-tiga pihak ini ada kaitan sesama sendiri. Adakah ini
satu teori konspirasi atau memang satu hakikat sebenar?
Bagi merungkai kisah
seterusnya, kami telah menyiasat dengan lebih lanjut dari dalam KPDNKK Sabah
sendiri.
Sebelum itu satu persoalan
yang memang semua ingin tahu, apa itu CD dan mengapa CD sedangkan ada projek
lain seperti barangan perlu dan LPG?
Jawapannya mudah. Projek ini
sudah masuk tahun keempat namun masih belum ada tatacara pengendalian projek
dari pihak atasan dan margin keuntungan yang terlalu tinggi disebabkan tiada
tatacara pengendalian projek dan menjurus kepada tiada asas kos pengiraan dan
projek yang diperkenalkan sebagai projek perintis pada mulanya sepatutnya
menjadi polisi atau dasar selepas 3 tahun.
Secara ringkasnya, CD ialah
projek yang ditawarkan oleh KPDNKK kepada kontraktor, khususnya kontraktor
tempatatan yang memang asal dari tempat tersebut bagi menghantar petrol dan
diesel kepada penjual atau POS di kawasan tersebut.
Kontraktor ini akan
mendapatkan bekalan minyak di 'pump station' dan menghantar kepada POS dengan kadar
10 sen rendah. Kerajaan akan menanggung kos penghantaran dan diskaun 10 sen
yang dialami oleh kontraktor kontraktor tersebut. Ia umpama sebuah mini stesen
menjual minyak.
Memang ramai yang tertanya-tanya
mengapa setiap tahun mesti ada panggilan tender bagi memilih kontraktor yang
layak sedangkan kontraktor yang sedia ada atau yang terlebih dahulu terlibat
tidak diberi keutamaan. Persoalannya, mengapa harus memberi kepada satu
syarikat yang sama sekali baru dalam bidang ini?
Adakah ini tidak meragukan
pihak KPDNKK atau dilihat sebagai satu peluang untuk kepentingan diri beberapa
pegawai yang terlibat secara langsung dalam projek ini?
Namun apa yang paling
membingungkan ialah adakah penjimatan wang kerajaan dapat dicapai jika polisi
yang mana setiap syarikat hanya layak untuk mengendalikan 1 zon, walaupun sudah
dari awal-awal lagi syarikat tersebut telah melabur ratusan ribu ringgit dalam
pembangunan dan pengendalian projek ini?
Senario ini ibarat merampas
peluang dan hasil usaha seseorang dan memberi terus kepada seseorang yang baru
dan juga langsung tidak berpengalaman?
Bukankah ini satu tindakan
yang sama sekali bercanggah dengan aspirasi Perdana Menteri agar rakyat didahulukan
dan pencapaian diutamakan. Mungkin YB Menteri boleh memberi satu jawapan yang
lebih jelas mengenai hal ini kerana ia sama sekali menidakkan teori utama ekonomi iaitu 'Economies of Scale'.
Jika benar projek ini adalah
untuk membangunkan SME bagi penjanaan ekonomi setempat, mengapa kontraktor
syarikat minyak juga diberi peluang untuk terlibat seperti kes di Keningau
tahun lalu. Persoalan ini diajukan terus kepada 'Puan' Pentadbir Kontrak.
Dalang yang sebenar dalam
hal ini ialah dua orang KP Umno di Sabah iaitu KP Batu Sapi dan KP Libaran. KP
Libaran beristerikan SUSK Menteri KPDN.
Melalui 'Link' ini mereka
telah memanipulasikan keadaan dengan bantuan seorang lagi KP Batu sapi yang
mempunyai talian persaudaraan dengan Pengarah Negeri Sabah dan hubungan terus
dengan 'Puan' Pentadbir Kontrak melalui sepupunya; yang juga proksi beliau
terhadap projek ini.
Bagi menyingkir kontraktor
asal, banyak tohmahan dan dakwaan dibuat ke atas syarikat asal; termasuklah
laporan rasuah di Pejabat SPRM sehingga ke laporan dari ketua cawangan yang
sekongkol dengan kumpulan ini atas sebab-sebab yang tidak dapat diterima pakai.
Malangnya, tidak ada dakwaan
dibuat di mahkamah dan yang paling meragukan ialah mengapa tidak ada surat atau
hitam putih dari kementerian yang menyatakan salah laku kontraktor kerana dalam
klausa perjanjian kontraktor dengan kerajaan; ada dinyatakan bahawa kerajaan
hendaklah memaklumkan kepada kontraktor secara bertulis mengenai apa-apa salah
laku dan memberi peluang kepada kontraktor untuk memberi respons mengenai hal
tersebut. Logik tidak dapat memberi jawapan kepada sesuatu perkara yang tidak
betul.
Apapun ini hanyalah satu
andaian atau dakwaan yang harus disiasat SPRM kerana ia melibatkan peluang
Kerajaan Barisan Nasional dalam PRU 13.
Cerita ini hanya satu 'Tip
of the Iceberg' yang akan kami susulkan sambungannya setelah kami mendapat
maklumat yang lebih terkini lagi.
Salam Hormat,
CD BUSTER
No comments:
Post a Comment