Oleh : ABDUL RAHIM SABRI
PERDANA Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak hari ini menegaskan bahawa beliau berada dalam keadaan sihat
wal afiat.
Pada masa yang sama, beliau
meminta semua pihak supaya 'tidak mendengar' dakwaan blog tertentu berhubung
keadaan kesihatannya yang didakwa terjejas.
"Jadi Bursa Malaysia
sihat, sewaktu pasaran dalam keadaan cukup sihat, sukuk sihat. Saya juga sihat.
Jangan dengar (dakwaan) blog, tolonglah," katanya yang diiringi dengan
gelak ketawa hadirin.
Beliau berkata demikian
sewaktu menyampaikan ucaptama dalam satu majlis perasmian di Bursa Malaysia
pagi ini.
Blog politik Sarawak Report
beberapa hari lalu dalam satu tulisannya mendakwa Najib yang juga presiden Umno
diserang 'mild stroke'.
No comments:
Post a Comment