SUGUL.....Nor
Liana dan Ringkasan kelihatan sugul semasa ditemui di kediaman mereka di Kg
Salimbangun, Semporna.
Oleh : AMIR ANUAR
SEMPORNA: Pihak polis kini
mengklasifikasikan kes kematian Nur Effa Sahira Ringkasan, 6, sebagai kes bunuh
dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana wujud kecederaan
meragukan di kepala mangsa hasil daripada bedah siasat yang dijalankan.
Ketua Polis Daerah Semporna,
DSP Firdaus Francis Abdullah yang mengesahkan perkara itu mendedahkan bahawa
selepas siasatan lanjut dijalankan didapati terhadap kecederaan di bahagian
kepala kanak-kanak itu dan setakat ini belum ada tangkapan dibuat.
“Laporan bedah siasat
menunjukkan mangsa mengalami kecederaan di kepala iaitu retak di bahagian kanan
dan diharap orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kes ini segera
menghubungi ASP Zairolnizam di talian 089-781222,” katanya.
Sementara itu, Nor Liana
Kello, 28, ibu kepada kanak-kanak perempuan terbabit yang ditemui meninggal
dunia di dalam tong dram selepas beberapa hari dilaporkan hilang mengakui tidak
menyangka insiden tragis yang menimpa anak kesayangan mereka.
Beliau akui berasa sedih
untuk memikirkan nasib yang menimpa anak perempuannya kerana arwah merupakan
seorang anak yang manja dan masih menyusu walaupun sudah hendak memasuki alam
persekolahan.
” Saya mengakui berasa
terkilan sebab tidak dapat menghantar Effa ke sekolah kerana dia begitu teruja
hendak memulakan sesi persekolahannya memandangkan kawan-kawannya di sini (Kg
Salimbangun) sudah bersekolah,” katanya ketika ditemui.
Tambahnya, arwah tidak
menunjukkan sebarang tanda luar biasa ataupun sikap yang ganjil sebelum
kehilangannya disedari oleh mereka selain keterujaan yang ditunjukkan oleh
arwah untuk bersekolah kerana segala-galanya seperti berjalan dengan lancar.
Ayah Effa, Ringkasan
Mokhsan, 41, pula redha dengan kejadian yang menimpa anak gadisnya dan
mengingatkan para ibu bapa yang lain agar sentiasa menjaga anak masing-masing
dan tidak membiarkan mereka sesuka hati terutamanya dengan orang tidak
dikenali.
Terdahulu, Ahli Parlimen
Semporna merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri
Panglima Mohd Shafie Hj Apdal menggesa pihak polis agar menjalankan siasatan
kes kematian Effa dengan rapi.
Arwah yang ditemui di dalam
sebuah tong dram berhampiran rumahnya sebelum ini telah selamat dikebumikan di
Tanah Perkuburan Islam Kg Salimbangun kira-kira jam 4.30 petang kelmarin. (UB)
No comments:
Post a Comment