Oleh : MD IZWAN
KUALA LUMPUR : Pengerusi
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof enggan memberikan
maklum balas mengenai pendedahan dalam RCI semalam bahawa Jabatan Pendaftaran
Negara (JPN) membenarkan pendatang haram mengundi di Sabah pada pilihan raya
1994 dan menegaskan isu berkaitan kad pengenalan (IC) bukan dibawah bidang
kuasa agensinya.
Dalam Suruhanjaya Di Raja
(RCI) semalam, bekas pegawai JPN menuduh arwah Tan Sri Megat Junid Megat Ayub
memberi arahan kepadanya untuk mengeluarkan resit membenarkan pendatang haram
di Sabah mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1994.
“Tidak adil untuk saya
berikan komen mengenai pendedahan dalam RCI hari ini. Kes ini berlaku pada 1994
dan sudah 20 tahun lebih ia berlaku. Betul atau tidak yang dikatakan belum
tentu dapat disahkan, malahan yang dituduh pun sudah tiada lagi,” kata Abdul
Aziz merujuk kepada arwah Megat Junid apabila dihubungi oleh The Malaysian
Insider semalam.
Menurut Abdul Aziz, segala
isu melibatkan IC adalah dibawah bidang kuasa JPN dan Kementerian Dalam Negeri
manakala SPR hanya bertanggungjawab dalam mendaftarkan pengundi.
“Saya ingin tegaskan disini
bahawa SPR hanya akan mendaftarkan pengundi yang membawa kad pengenalan yang
sah. Selain daripada berwarna biru, SPR tidak akan mendaftarkan mereka.
“Selain daripada itu, ingin
saya tegaskan bahawa semua proses pendaftaran pengundi akan kemudiaan disemak
dengan JPN dan KDN,” tambah beliau.
Apabila ditanya pendapatnya
mengenai pendedahan dalam RCI, Abdul Aziz menegaskan ia adalah sesuatu perkara
yang melanggar undang-undang dan pihak yang bertanggungjawab perlu memberikan
penjelasan.
“Kalau benarlah itu yang
berlaku pada 1994 itu, saya sama sekali tidak bersetuju dengan tindakan
sebegitu.
“SPR sekarang tidak akan
mendaftarkan mana-mana pengundi warga asing,” tegas beliau lagi yang memberi
jaminan perkara demikian tidak akan berulang dibawah pimpinannya.
Dalam RCI seamalam, bekas
pengarah JPN Sabah Ramli Kamarudin memberitahu Megat Junid yang pada ketika itu
timbalan menteri dalam negeri memberitahu dirinya resit JPN perlu sama dengan
nama dan kad pengenalan pengundi berdaftar.
Ramli berkata lebih kurang
200 resit JPN dikeluarkan di lima atau enam kerusi dewan undangan negeri di
Sabah yang dianggap sebagai “kawasan hitam yang sukar bagi kerajaan untuk
menang.”
“Satu kawasan mungkin 400,”
katanya.
Tun Dr Mahathir Mohamad,
perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui
“Projek IC”, di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai
ganti kepada undi mereka.
Akan tetapi bekas Ketua
Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 ke 1985,
menafikan kewujudan “Projek IC” semalam.
Pilihan raya negeri Sabah
1994 menyaksikan Parti Bersatu Sabah (PBS) menang 25 daripada 48 kerusi dewan
undangan negeri.
Akan tetapi tidak lama
selepas itu beberapa ahli dewan undangan negeri PBS menyertai Barisan Nasional
(BN) menyebabkan kerajaan PBS jatuh.
Ramli memberitahu beliau
ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 1995 hingga 1997.
Beliau juga menafikan
menerima imbuhan.
“Ini adalah arahan langsung
dari timbalan menteri dalam negeri sendiri walaupun saya akui ianya salah,” kata
Ramli.
Beliau menambah arahan
tersebut diberikan dalam mesyuarat dengan Megat Junid, pemimpin Umno Datuk Seri
Osu Sukam (yang kemudiannya menjadi ketua menteri Sabah pada tahun 1999) dan
pegawai pendaftar JPN bernama Asli Sidup di Hyatt Hotel dua minggu sebelum
pilihan raya 1994.
“Resit tersebut hanya untuk
mengundi. Selepas itu, kami akan kutip resit dan musnahkannya,” kata Ramli.
Asli memberitahu kemudian
200 resit JPN digunakan di dewan undangan negeri Kawang pada pilihan raya
negeri 1994 dimana Osu menang dengan 64 undi. (TMI)
No comments:
Post a Comment