Thursday, 17 January 2013

AMBIGA MAHU SPR JAWAB



  


Oleh : KOH JUN LIN
           
PENGERUSI bersama BERSIH Datuk S Ambiga berkata Suruhanjaya Pilihan Raya perlu menjelaskan dakwaan berhubung projek memberi 'kewarganegaraan-untuk-undi' yang dinyatakan saksi dalam siasatan suruhanjaya siasatan diraja berhubung isu imigran di Sabah.

Katanya, walaupun prosiding berkenaan masih berjalan, SPR perlu memberi penjelasan sama ada kepada umum ataupun di RCI memandangkan dakwaan berkenaan secara langsung mencabar integriti suruhanjaya tersebut.

Ambiga berkata dakwaan berkenaan akan menjejaskan keyakinan orang ramai ke atas sistem pilihan raya dan juga keupayaan SPR untuk menjalankan pilihan raya sekiranya tidak dijawab.

Bekas presiden Majlis Peguam itu turut menggesa SPR untuk membersihkan daftar pemilih dan menyatakan kebimbangan bahawa insiden yang didakwa berlaku di Sabah itu mungkin pernah berlaku di negeri lain. (MKINI)

No comments:

Post a Comment