LAPOR......Zainuddin menunjukkan laporan yang beliau dan rakannya buat di hadapan pejabat SPRM Sandakan.
SEBAGAIMANA dijanjikan, hari
ini rombongan Jawatankuasa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Batu Sapi yang diketuai
oleh Timbalan Ketua Cabang, Zainuddin Bin Hassan telah membuat laporan SPRM
mengenai Projek Perumahan Rakyat Termiskin yang runtuh di Kampung Lupak dan
Kampung Air Sandakan baru-baru ini.
Turut serta mengiringi
Zainuddin ialah ; Naib Pengerusi I, Aris Remigius; Naib Pengerusi II, Awang
Massali dan AJK Cabang dan Ketua Ranting Bahagia, Jain Bayang.
Dalam laporan PKR, mereka
meminta supaya SPRM menyiasat kontraktor yang melaksanakan projek PPRT tersebut
dan Pegawai Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) bahagian pembangunan serta Pengerusi
JKKK Kampung terlibat; menyiasat Kementerian dan Mneteri Kemajuan Luar Bandar dan
Wilayah (KKLW) yang dituduh terlibat kerana memberi mandat kepada FELCRA untuk
mengendalikan PPRT dan mengagehkan kepada kontraktor-kontraktor yang tidak ada
pengalaman dalam pembinaan Bangunan PPRT.
LAPORAN......Salinan laporan Zainuddin yang difaikan di SPRM Sandakan.
Menurut Zainuddin, pihaknya
sentiasa memandang berat isu kepincangan dan rasuah dalam projek pembangunan
kerajaan terutama yang dilaksanakan sambil lewa oleh KKLW dan agensinya.
"Kami membuat laporan
ini demi kepentingan rakyat jelata yang selama ini diabaikan kebajikan mereka
oleh Kerajaan BN, terutama oleh Adun Batu Sapi yang turut bersubahat dengan
kontraktor dan FELCRA," kata Zainuddin yang kesal kerana tidak ada pihak
kerajaan yang berlapang dada membuat laporan SPRM terhadap segala kepincangan
yang berlaku.
Sehubungan itu, Zainuddin
berharap agar SPRM segera bertindak dan tidak memilih bulu, terutama menyiasat
amalan rasuah yang dilakukan oleh Menteri KKLW melalui Projek Top-Up. (MEDIA PKR
Batu Sapi)
No comments:
Post a Comment