PETALING JAYA: Seorang
‘bintang Twitter’ dilahirkan selepas penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat
(KL112) anjuran pembangkang berlangsung pada Sabtu lalu.
Model sambilan, Shasha
Mendoza secara tiba-tiba menjadi sensasi di alam siber selepas menghantar tweet
menyokong kerajaan. Dia menerima kritikan daripada penyokong pembangkang.
Tweet-nya berbunyi: “Kepada
penyokong #KL112, jika anda tidak suka Malaysia, anda boleh keluar daripada
Malaysia. Sekurang-kurangnya hargailah apa yang dilakukan oleh kerajaan.
“Anwar berjanji untuk
memberikan pendidikan percuma untuk rakyat. Itu semua adalah pembohongan. Mana
Anwar nak dapatkan berjuta-juta ringgit untuk bayar hutang rakyat? Fikir.”
Pandangannya itu kemudiannya
menerima kritikan apabila dia ‘diserang’ penyokong pembangkang di laman sosial
berkenaan.
Seorang pengguna Twitter
menghantar tweet kepada Shasha: “Saya pasti anda bodoh kerana anda hanya
menonton berita TV3.”
Bagaimanapun pelajar
universiti berusia 19 tahun berkata, kritikan ganas yang diterimanya itu tidak
akan menjejaskan atau mengubah pendiriannya kepada Barisan Nasional (BN).
“Saya tidak takut diserang
oleh penyokong pro-pembangkang. Saya akan berdiri teguh dan masih akan
menyokong kerajaan.
“Kerajaan kita sudah
menyediakan pelbagai bantuan yang diperlukan rakyat termasuk pendidikan yang
baik, akses yang mudah kepada kemudahan kesihatan dan elaun khas bagi golongan
yang memerlukan.
“Namun ada sesetengah orang
tidak menyedari perkara ini,” katanya kepada The Star pada Ahad.
Menurut Shasha dia tidak
ditekan untuk memadam mana tweetnya dan menambah: “Kita hidup dalam sebuah
negara yang aman dan harmoni dengan ekonomi yang stabil kerana dasar-dasar
kerajaan.
“Sudah tentu beberapa dasar
yang dibuat tidak berlaku dengan sempurna tetapi saya percaya kita hidup dalam
sebuah negara yang begitu diberkati.”
Ditanya jika dia merancang
untuk menyertai politik, dia menyatakan minat tetapi hanya akan melakukannya
selepas mencecah usia 21 tahun dan menamatkan pengajiannya. (Mstar Online)
No comments:
Post a Comment