RUNTUH...Lihatlah
beginilah kedaan dua buah rumah yang runtuh menyembah bumi masih menggunakan
tiang 3X3 inci. Gambar sisipan Ketua Kampung, KK Mandu.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
MENYUSUL kejadian Rumah Runtuh
di Kampung Air, di DUN Karamunting yang baru sahaja berlaku pada 19
Disember 2012 lalu yang membabitkan 19 keluarga; kejadian malang berkenaan
berlaku lagi kelmarin di Kampung Lupas Meluas, Sandakan.
Dalam kejadian kelmarin, dua
buah rumah PPRT yang dibina di atas air di Kampung Lupak Meluas, di DUN Sekong
telah runtuh secara tiba-tiba; satu daripadanya
berpenghuni dan sebuah lagi masih kosong.
Menurut pandangan rambang
beberapa orang yang ditemui; rata-rata menyatakan kedudukan rumah-rumah
PPRT/PBR yang dibina di atas air tidak beberapa kukuh (tegap) dari segi
strukturnya.
Salah satu punca ialah
kontraktor di bawah seliaan FELCRA berpengalaman
dan menggunakan bahan binaan yang tidak bermutu; malah menggunakan tiang
berukuran 3X3 inci tidak mampu untuk menampung beban dan struktur rumah PPRT
ala 'Kandang Kambing' berkenaan.
Ketika melakukan tinjauan di
tempat kejadian petang kelmarin, Sabahkini.net sempat menemui
mangsa, Nispah Binti Habibullah, 42,
ibu kepada 5 orang anak bersama suaminya, Adrian Terking yang bertugas di Kota Kinabalu.
Menurut Nispah, sejak dari awal lagi mereka sudah merasa ragu-ragu
dan sangsi menduduki rumah yang dalam
keadaan tidak selamat itu; tetapi
keadaan telah memaksa diri mereka
tinggal juga kerana mereka tidak mempunyai rumah tempat untuk berteduh.
Kata Nispah, kejadian itu
berlaku lebih kurang jam 9.00 pagi ketika
mereka sekeluarga sedang bersarapan; secara tiba-tiba sahaja rumah merasa rumah
mereka bergoyang dan terus menjunam ke dalam air tanpa sempat melakukan apa-apa.
TEMUBUAL...Mangsa
tragedi, Nispah menceritakan kepada mengenai kejadian rumahnya yang runtuh
tanpa sebab munasabah.
Jelasnya, kesemua barang dan
peralatan yang berada di dalam rumah tersebut terhumbat ke dalam air laut dan
tidak satupun yang boleh diselamatkan; termasuk peti sejuk, mesin basuh, meja, almari
pakaian, dapur dan pinggan mangkuk.
“Kami menduduki rumah itu
genap setahun. Selama ini kami hanya bertawakkal sahaja. Setiap malam tidak
lena tidur kerana sentiasa berjaga-jaga dan dibayangi malapetaka. Rupanya
kebimbangan kami menjadi kenyataan," kata Nispah yang bersyukur kerana
tidak ada ahli keluarganya mengalami kecederaan fizikal melainkan masih trauma
dengan kejadian berkenaan.
Dalam pada itu, Ketua
Kampung Lupak Meluas Laut, Haji Mandu Hj
Albab yang sempat ditemui melahirkan rasa kecewa mengenai insiden yang
berlaku di kampungnya.
Katanya, kalaulah semua projek
di bawah seliaan FELCRA atas
lantikan Kementerian Kemajuan Luar Bandar (KKLW) dalam keadaan
begini; bukan pula memberikan kemudahan untuk keselesaan rakyat untuk tinggal dan mendapat rumah yang lebih
baik daripada sebelumnya.
"Kemalangan ini menjurus
kepada rasa kekecewaan rakyat yang tidak puas hati dengan rumah yang diberikan kepada
mereka tidak bermutu dan tidak selamat didiami," ujar Haji Mandu yang
jengkel dengan tindakan kontraktor yang hanya memikirkan keuntungan daripada
keselamatan nyawa penduduk.
Dalam erti kata lain, tambah
Haji Mandu, kedudukan rumah-rumah PPRT/PBR yang dibina di atas tanah (daratan)
tidak sama kedudukan rumah-rumah yang dibina di atas air kerana rumah yang
dibina di darat srtukturnya lebih kukuh berbanding dengan di rumah dibina di laut.
Yang menghairankan kata Haji
Mandu, kenapa FELCRA tidak membuat rekabentuk yang lebih kukuh terutama tiang
simen atau pelantar khas bagi mengelak rumah condong atau tumbang akibat
hakisan ombak atau angin.
"Saya tidak perlu
mengajar FELCRA kerana mereka mempunyai jurutera yang berpengalaman, tetapi
kita kesal kerana kecuaian mereka menyebabkan rakyat susah dan terancam,"
kata Haji Mandu yang meminta FELCRA menghentikan segera pembinaan rumah PPRT
melainkan setelah mengenalpasti punca rumah berkenaan runtuh.
No comments:
Post a Comment