WASPADA...Justin
(kiri) bersama seorang peminat dalam satu majlis, berlagak seorang wira sukan
namun tanpa disedari menjadi seorang penipu besar.
Oleh: KREW SABAHKINI.NET
MANTAN jaguh bina badan,
Justin Sompong didakwa melakukan banyak penipuan kepada pesakit di Kota Belud
dan Kuala Penyu kerana memperdaya mereka dengan mengambil duit sebagai upah
kononnya untuk mengubati penyakit mereka.
Paling ramai mangsa adalah
di Kota Belud menyebabkan dia terpaksa meninggalkan daerah kelahirannya itu
untuk berpindah ke daerah Papar gara-gara mangsa yang terlibat sering
memburunya.
Dia mengambil duit hinga
mencecah ribuan ringgit terlebih dahulu dengan hanya memberi sedikit ubat dalam
bentuk pil dan berjanji untuk memberi yang lain kemudian serta juga berjanji
menyediakan mesin rawatan untuk mereka.
Apabila mengambil duit
tersebut, Justin yang mendakwa memiliki ubat yang diperolehi dari luar negara
terus menghilang diri dan tidak lagi kembali kepada pesakit yang dijanjikan.
Justin ketika ditemui semasa
melawat seorang pesakit baru-baru ini mengakui dia memiliki ubat-ubatan dari
luar negara yang mampu merawat pesakit dalam tempoh yang singkat.
"Saya bukan bomoh
seperti yang disangkan ramai orang, tetapi saya ada ubat bernilai tinggi dan
tidak boleh diperolehi di farmasi dan mampu mengubati penyakit-penyakit
tertentu," katanya.
Katanya lagi, ada juga
pesakit selain memerlukan ubat, tetapi juga memerlukan mesin bantu untuk
memulihkan mereka dan ia perlu dipesan dari luar Sabah.
Bagaimanapun berdasarkan
penyiasatan yang dilakukan terhadap beberapa mangsa, ubat-ubat yang dimiliki
Justin sebenarnya ada dijual di farmasi; tetapi penggunaannya bergantung atas
nasihat pegawai-pegawai perubatan yang bertauliah.
Seorang mangsa yang
memperkenalkan dirinya Mr. Tay, mengakui pernah mendapatkan ubat daripada
Justin untuk tujuan mengubati sakit di badan dan tangan yang selalu kebas
dengan memberi bayaran pendahuluan RM900.
"Dia hanya beri ubat
dalam sekitar 20 biji pil dan berjanji akan kembali memberi lagi dalam masa dua
minggu tetapi selepas itu dia tidak muncul lagi dan saya rasa dia telah menipu
saya," katanya yang merahsiakan perkara itu daripada anak-anaknya.
Beritahunya lagi, bukan sahaja
dia yang mengalami nasib itu, malah ramai lagi yang telah menjadi mangsa
penipuan seperti itu di beberapa tempat; terutama di Kota Belud dan akhir-akhir
ini pesakit di Kuala Penyu.
Mr. Tay berkata, duit yang
dia gunakan hasil sumbangan seorang kawan, tetapi bukan pula dapat berubat
sebaliknya menjadi mangsa penipuan.
Beliau menasihat orang ramai
jangan terpedaya dengan perangkap Justin yang menggunakan pusat-pusat gym
miliknya untuk memperdayakan orang ramai untuk menjaga kesihatan mereka.
"Bukan kesihatan yang
mereka dapat, sebaliknya duit mereka akan lesap jika tidak berhati-hati dengan
perangkap yang dilakukan Justin," katanya yang juga meminta pihak polis
melakukan siasatan terhadap jaguh bina badan itu kerana ramai sudah yang telah
menjadi mangsanya.
Polis boleh menyamar dengan
menggunakan pesakit tertentu untuk menyiasat beliau kerana agak sukar mangsa
membuat laporan polis sebab dia tidak menggunakan sebarang resit selepas
pembayaran dalam operasi yang dia lakukan.
Seorang lagi mangsa
kakitangan awam telah diperdaya Justin sebanyak RM1000, selepas memberi
beberapa biji pil ubat dia berjanji menyediakan mesin untuk dia menjalankan
latihan menggerakkan tangan, namun mesin yang dijanjikan itu tidak pernah
dihantar kepadanya.
"Saya tertipu kerana
berfikir dia ini orang yang dikenali ramai, takkan mahu tipu orang. Rupanya
penipu besar dengan berselindung di sebalik namanya. Saya dengar ramai orang
mencarinya tapi dia terus mengelak, ada masa dia akan terkena," jelasnya.
Pada masa lalu, Justin
bersama seorang peninju yang juga adik kepada seorang Timbalan Ketua Menteri
Sabah pernah mencetuskan pergaduhan dengan tentera yang bertugas di sini;
sehingga menyebabkan kedua-dua mereka terpaksa dihantar ke Amerika Syarikat
bagi mengelak situasi yang tidak terkawal.
Pemergian mereka itu diatur
oleh seorang VIP atas saranan pihak atasan dengan alasan untuk menghantar
mereka melajutkan pelajaran di sana, rekod mereka dipercayai ada di Kementerian
Dalam Negeri.
Berdasarkan ini, Justin ini
boleh disifatkan sebagai individu berbahaya dan pihak berkuasa keselamatan
harus menyiasat tindak-tanduknya yang sekarang ini menjadikan orang biasa
sebagai mangsa. Perbuatan lampaunya dan dengan apa yang berlaku sekarang sangat
jelas dia adalah petualang yang perlu menerima tindakan yang setimpal.
No comments:
Post a Comment