Monday, 14 January 2013

PRU13 ‘MUSIM GILA’





KARUT.....Perdana Menteri berkata, kebelakangan ini banyak cerita karut disiarkan untuk merosakkan imej kerajaan.

Oleh : JAMILAH KAMARUDIN

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengingatkan supaya bersedia menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) yang disifatkannya sebagai ‘Musim Gila’.

Menurut Najib, kebelakangan ini banyak cerita karut disiarkan untuk merosakkan imej kerajaan.

“Boleh mengkritik tapi jangan sampai mengeluarkan fitnah tanpa berdasarkan fakta,” katanya semasa berucap di Malam Penghargaan Media Massa 2012 di sini malam tadi.

Beliau berkata, agenda transformasi termasuk Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperjuangkan Umno jauh lebih bagus dan diterima rakyat.

Berdasarkan analisa, Najib berkata agenda yang dijanjikan pembangkang dalam Buku Jingga tidak akan mampu mengatasi pencapaian dasar transformasi negara.

Katanya, keseimbangan pendapatan dan perbelanjaan negara tidak akan stabil sehingga terpaksa dibebani hutang seperti di Eropah jika negara ditadbir Pakatan Rakyat berlandaskan Buku Jingga.

“Agenda pembangkang secara keseluruhan hanya akan membawa kekecewaan dan kehancuran kepada ekonomi negara,” katanya.

Namun beliau berkata perkara itu tidak akan terjadi kerana melalui dasar keterbukaan dan menerima teguran yang diamalkan Umno akan terus melakukan pembaharuan desupaya terus capai kejayaan pada PRU akan datang.

“Kita sedar kejayaan masa lampau bukanlah sesuatu yang dapat memberi kita kekebalan untuk masa depan kerana ada parti yang dulunya seperjuangan dengan kita tapi hari ini sudah hilang kuasa.

“Kita memberi jaminan Umno tahu membilang undi waktu pemilihannya,” katanya. (FMT)

No comments:

Post a Comment