Oleh : NIGEL AW
MAHKAMAH Tinggi Kota
Kinabalu yang menjadi tempat pendengaran inkuiri Suruhanjaya Dirajaya mengenai
imigran Sabah dipindahkan hari ini berikutan satu ancaman bom.
Pengerusi RCI Tan Sri Steve
Shim Lip Kiong menangguh inkuiri berkenaan pada jam 2.47 petang selepas
setiausaha suruhanjaya Sarupuddin Kassim mendekatinya dan memberitahu sesuatu.
Shim mengumumkan penangguhan
berkenaan dan polis kemudiannya memasuki ruang mahkamah dan mengiringi semua
individu ke luar kawasan mahkamah.
Polis di lokasi enggan
memberi sebarang maklumat namun meminta orang ramai supaya menunggu di seberang
jalan di luar mahkamah kerana mungkin timbul 'bahaya'.
Polis memberi arahan melalui
pembesar suara supaya orang ramai menjauhi kawasan tersebut sehingga selesai
siasatan.
Satu unit pemusnah bom tiba
15 minit kemudian dan menutup satu bahagian di Jalan Pantai, yang setentang
dengan bangunan mahkamah.
Polis turut membawa seekor
anjing pengesan pada jam 3.20 petang untuk memeriksa kawasan mahkamah dan juga
kenderaan di luar bangunan mahkamah.
Pemindahan itu menarik
perhatian orang ramai yang memerhati dari luar pintu mahkamah dalam keadaan
hujan renyai-renyai.
Bercakap kepada pemberita
selepas itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Jauteh Dikun berkata operator
mahkamah menerima panggilan mengenai ancaman bom pada jam 2.30 petang.
Katanya, pemanggil itu
mendakwa satu bom dibungkus beg pastik diletakkan di dalam satu tong sampah.
Susulan itu, pasukannya
bertindak memindahkan orang ramai daripada bangunan mahkamah tersebut, katanya.
Pasukannya bagaimanapun
tidak menjumpai apa-apa selepas pemeriksaan dilakukan, katanya dan menambah,
panggilan berkenaan mungkin bertujuan untuk mengganggu prosiding RCI hari ini.
No comments:
Post a Comment