Oleh: LAHIRUL LATIGU
GELOMBANG Kebangkitan Rakyat
terutama dikalangan anak-anak muda Sabah dilihat semakin membara. Hal ini bukan
sahaja menjadi fenomena, malah secara tidak langsung memberi ‘signal’ kepada
kepimpinan negeri yang diketuai Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman.
Penubuhan entiti Pertubuhan
Bukan Kerajaan (NGO) yang berkonsepkan memperjuangkan hak rakyat Sabah dalam
Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR) yang dinaungi anak muda
merupakan sebagai langkah serta capaian terbaik bagi anak-anak muda Sabah untuk
merasai denyut nadi perjuangan rakyat yang dihimpit kesukaran dan kepayahan di
bumi sendiri.
Walaupun Himpunan
Kebangkitan Rakyat yang akan diadakan pada 12 Januari 2013 dilihat lebih
tertumpu di Kuala Lumpur, namun pada hari yang sama juga Himpunan Sabah Bangkit
yang dianjurkan GEGAR perlu diberi tempat dan perhatian yang sewajarnya.
Inilah anak-anak Sabah yang
sedar akan tanggungjawab besar yang bakal menanti mereka kelak. Inilah
kebangkitan Sabah yang sudah mula terasa kesengsaraan di bawah kepimpinan
Kerajaan gabungan Barisan Nasional yang dipimpin oleh Datuk Seri Najib Tun
Razak.
Siapa yang tidak ‘sakit’
apabila melihat bumi tanah airnya yang dahulunya kaya menjadi sekangkang kera.
Siapa yang tidak terguris hatinya apabila dirampas harta tanah dan kebun serta
hasil tanamannya yang diusahakan bertahun lamanya.
Siapa yang tidak ‘bingung’
melihat telatah kepimpinan negerinya yang mampu melihat setiap harta dan
‘karun’nya diangkut serta dijual ditangan asing. Siapa lagi yang tidak mahukan
perubahan!
Justeru, seluruh anak muda
Sabah perlu bangkit dan bingkas bangun untuk terus memperjuangkan hak miliknya.
Masa ini bukan masanya untuk kita berpeluk tubuh, menggaru kepala dan
mengangguk menggeleng antara setuju dan tidak. Masa ini, merupakan masa
kebangkitan rakyat secara besar-besaran...!
Dalam Himpunan Sabah Bangkit
yang diadakan serentak dengan Himpunan Kebangkitan Rakyat ini, Dewan Pemuda PAS
Negeri Sabah sekali lagi mengajak seluruh warga Sabah tanpa mengira peringkat
umur, darjat, warna kulit, bangsa dan agama... untuk terus bersama kebangkitan
rakyat.
Ini kalilah, berabis
kita...!
No comments:
Post a Comment