MENCATAT...Sabahkini.Net
sedang mencatat temubual antara Chen dengan V.K Liew di Pusat Pendaftaran
Bantuan Warga Emas
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto: SAFFIE S JUMADI
PEJABAT Parlimen Sandakan
kini sedang membuka Pendaftaran Bantuan untuk Gong Xi Fa Chai 2013 untuk warga
emas yang berusia 55 tahun ke atas sejak kelmarin dan hanya akan berakhir pada 18 Januari ini.
Timbalan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong
berkata dalam satu temubual dengan Sabahkini.Net; antara lain menjelaskan
bantuan sebegini memang setiap tahun diadakan dan ini merupakan bagi kali
keempat. Setakat ini dianggarkan seramai 2,347
pengundi P186 Sandakan sudah
mendaftar.
Kata V.K Liew, tujuan
memberikan bantuan tersebut kepada Warga Emas bukan sahaja tertumpu kepada masa
Tahun Baru Cina; bahkan setiap perayaan tahunan seperti Hari Raya Aidilfitti
dan Krismas yang bertujuan untuk meringankan sedikit beban mereka menyambut
perayaan berkenaan.
"Ini sudah menjadi
tanggungjawab saya sebagai Ahli Parlimen demi untuk menjaga kebajikan semua
kaum agar dapat menikmati pelbagai kemudahan yang disalurkan oleh kerajaan
Barisan Nasional," tegas V.K Liew.
Sabahkini.Net sempat menemui
salah seorang pengundi kawasan Parlien Sandakan, Chen Yun Keong yang pertama
kalinya menerima bantuan daripada pejabat Parlimen Sandakan sejak bergelar
Warga Emas.
“Saya berterima kasih sama
Datuk V.K Liew kerana begitu prihatin kepada Warga Emas seperti saya. Perayaan
Gong Xi Fa Chai pada tahun ini sudah tentu lebih meriah dan bermakna," kata
Chen lagi.
ZIARAH....V.K
Liew, Samsudin dan Mohd Hamsan menziarahI Allahyarham ABM Fajeer yang meninggal
dunia kelmarin dulu.
Dalam pada itu, V.K Liew,
keluarga serta pegawai dan kakitangan Pejabat Parlimen Sandakan mengucapkan takziah
kepada keluarga Allahyarham Haji Mohd Fajeer Awang Besar yang telah kembali ke
Rahmatullah pada jam 1.30 petang di Wad Hospital Duchess of Kent Sandakan di hadapan
isteri dan empat orang anaknya kelmarin
dulu.
Allahyarham dimasukkan ke hospital
jatuh sakit pada 7 Januari lalu setelah mengalami sesak nafas, hilang ingatan,
koma dan meninggal dunia.
Allahyarham selamat
dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Batu 11, Jalan Labuk selepas solat
Asar.
"Saya berharap semua
keluarga Allahyarham supaya bersabar atas ujian getir kerana kehilangan ini
turut dirasai oleh seluruh penduduk Sandakan, termasuk saya sekeluarga,"
ujar V.K.Liew yang begitu terharu kehilangan seorang kawan rapat, terutama semasa
Allahyarham bertugas sebagai Timbalan Presiden di Majlis Perbandaran Sandakan
(MPS).
Sabahkini.Net kini sedang berusaha
mengumpul data-data peribadi Allahyarham untuk disiarkan di Sabahkini.net dalam
masa terdekat sebagai mengenang jasa beliau sebagai salah seorang Sasterawan Sabah
sejak 1971 sehingga ke akhir hayatnya.
No comments:
Post a Comment