Oleh : AHMAD FADLI KC
TIMBALAN Presiden PKR Azmin
Ali mendakwa perkembangan terbaru siasatan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI)
bagi menyiasat isu pendatang asing di Sabah membuktikan mantan perdana menteri,
Tun Dr Mahathir Mohamad seorang 'pengkhianat negara'.
Azmin memberi alasan, semua
agensi dan institusi kerajaan yang didakwa memberi kewarganegaraan kepada warga
asing untuk membolehkan mereka mengundi pada masa itu berada di bawah
pentadbiran Mahathir.
"Kita sedang meneliti
perkembangan dan keterangan saksi, beberapa kejutan telah berlaku, (beberapa)
nama-nama disebut, (dan perkara ini) tidak mengejutkan kita.
"Memang kita fahami ini
satu usaha terancang yang diketuai mantan PM dan bagi saya beliau pengkhianat
negara kerana bagi kad pengenalan kepada warga asing untuk kekalkan kuasa
politik Umno," dakwanya.
Beliau mendakwa demikian dalam
satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.
Bekas ketua Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah semalam memberi keterangan
bahawa dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz
Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir pada masa itu
untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.
Seorang lagi saksi, bekas
pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mendakwa menerima arahan
dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub
untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh
luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.
No comments:
Post a Comment