Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI
BEKAS Perdana Menteri, Tun
Dr Mahathir Mohamad mendakwa bapa kemerdekaan Tunku Abdul Rahman melakukan
perkara 'lebih teruk' dalam tindakan memberi kad pengenalan kepada warga asing.
Mahathir ketika ditanya
pemberita, mengakui bertanggungjawab memberi kewarganegaraan kepada pendatang
asing semasa pentadbirannya.
Namun beliau mendakwa
tindakan berkenaan dijalankan mengikut undang-undang.
"Kita patut tengok
balik dan ingat. Tunku Abdul Rahman lebih teruk daripada saya. Dia beri sejuta
kewarganegaraan kepada mereka yang tidak layak. Jadi kenapa apa yang dia (Tunku
Abdul Rahman) buat tak salah dan apa yang saya buat ini salah?
"Ya saya memang buat
(beri kad pengenalan), tetapi mengikut undang-undang," katanya dalam
sidang media selepas program Bicara Minda Tun Mahathir di Shah Alam hari ini.
Turut hadir pada program itu
ialah bekas ketua polis negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas menteri
pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
No comments:
Post a Comment