Saudara Pengarang,
SALAH seorang pemohon rumah
PPRT, Samanas Bin Madungkil (gambar) sungguh kecewa dengan sikap pihak berkuasa
kerana tidak mengambil berat mengenai pembinaan rumah PPRT yang kini sudah
memasuki tempoh enam bulan, tapi masih dalam keadaan tidak lengkap kerana tidak
disambungkan dengan bekalan tenaga letrik.
Katanya, mereka tidak dapat
mendiami rumah baru itu kerana ia belum siap sepenuhnya.
“Macam mana kami hendak
pindah ke rumah yang tidak lengkap dibina, tanpa bekalan elektrik yang
merupakan keperluan asas utama. Saya hampir putus asa melihat keadaan rumah
baharu kami yang dibina sekadar melepaskan batuk di tangga. Saya sudah 4 kali
berulang-alik ke Pejabat Daerah Telupid untuk mendapatkan penyelesaian namun
semuanya menemui kebuntuan,” kata Samanas.
Selain itu Semanas juga
telah membuat pertanyaan di pejabat SESB Telupid tapi diberitahu tiada
permohonan pembekalan telah dibuat oleh kontraktor pendawaian.
Oleh kerana semua saluran
telah menemui kebuntuan, Samanas menaruh harapan kepada pihak Suruhanjaya
Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat kes ini berdasarkan 'Janji
ditepati' untuk menyiasat semua jenis dan bentuk penyelewengan.
Salam Hormat,
JAWATANKUASA GAGASAN
PEMBAHARUAN TELUPID
No comments:
Post a Comment