Oleh : HARIEYADI KARMIN
PENGANJURAN Himpunan Sabah
Bangkit adalah satu manifestasi daripada Himpunan besar-besaran yang bakal
diadakan di Kuala Lumpur pada 12 Januari 2013.
Pada tarikh yang sama juga,
kita ingin mengambil semangat dan aura kebangkitan rakyat Malaysia ini, kita
sahut dengan kita anjurkan Himpunan untuk rakyat Sabah agar rakyat pun dapat
bersama merasai kebangkitan rakyat ini.
Ditegaskan, kita adalah NGO.
Gabungan NGO Menuntut Hak Rakyat Sabah (GEGAR) mengambil inisiatif menjadi
penganjur kepada himpunan ini selepas kita mengadakan siri perbincangan dengan
kawan-kawan NGO yang lain.
Kita memandang, diperingkat
negeri sabah juga kena ada satu gerakan dan bentuk cara menyatakan hak rakyat.
Tujuan sebenar himpunan ini diadakan adalah kita ingin menyatakan dan menuntut
hak-hak yang kita mahu sebagai rakyat.
Rakyat negeri Sabah dan
rakyat Malaysia. Terpulang pada individu, mahupun kumpulan-kumpulan, datang dan
tuntutlah hak anda. Hari tersebut kita jadikan sebagai hari tuntutan rakyat.
Di samping itu, kita juga
ingin tunjukkan kepada pemerintah, rakyat bukan lagi bahan tunggul dan patung
padi yang hanya duduk diam kalau hak mereka tidak diberikan kepada mereka.
Rakyat kini sudah pandai. Kita mahukan bentuk perubahan berlaku. Bukan lagi
janji kosong yang ditabur. Kita juga bagi amaran dan peringatan kepada
pemerintah, rakyat ada kuasa.
Jangan sampai rakyat muak
dan menolak kerana sistem pemerintahan hari ini yang kita pandang sebagai kian
rosak dan menindas rakyat. begitu juga dengan bakal pemerintah Malaysia selepas
PRU 13, kerajaan sekarang mahupun pembangkang, kita ingin katakan jangan
permain dengan rakyat dengan politik membodohkan.
Kalau mahu perintah, bentuk
sistem pemerintahan yang baik. Kalau kerajaan selepas PRU 13 juga bermasalah,
rakyat juga tidak akan teragak-agak menolak kerajaan tersebut.
GEGAR akan hadir dengan
sebelas tuntutan untuk rakyat dan anak muda Sabah. Tuntutan ini yang akan kita
perjuangkan agar hak ini dapat dikembali dan diberikan kepada rakyat.
1. Peluang pekerjaan.
2.Rumah mampu milik
3. Kos sara hidup rendah
4.Liputan jalur lebar
5.Minimum kadar jenayah
6.Kemudahan pendidikan dan
percuma
7.Pilihanraya bersih dan
adil
8.Negeri hijau dan bersih
9.Royalti minyak dan balak
10.Hak tanah adat
11.Pembangunan
insfrastruktur.
Untuk pengetahuan, ini
adalah kali pertama himpunan akan diketuai oleh anak muda Sabah. Hampir kesemua
jawatankuasa bertindak Himpunan terdiri daripada anak muda dan mahasiswa.
Jadi, kita sangat
mengharapkan agar himpunan ini dapat mengumpulkan semua rakyat, terutamanya
anak muda dan mahasiswa, kita bagi signal kepada pemerintah, anak muda kini
tidak lagi hanya tahu berseronok dan duduk diam dan lihat.
Anak muda kini sedar dan
mahukan perubahan. Dengan penuh harapan dan semangat, saya menyeru seluruh
rakyat sabah tidak kira walaupun terdiri daripada latarbelakang yang berbeza
dari aspek agama, bangsa, budaya mahupun fahaman politik, marilah kita
bersama-sama menunjukkan solidariti kita, kita tuntut hak kita dan kita
tunjukkan kita memang benar-benar mahukan perubahan.
No comments:
Post a Comment