Monday, 14 January 2013

SIAPA 'GIANT KILLER' 2013?





                  
Saudara Pengarang,

RAKYAT Sabah bakal membuat keputusan yang berat dalam jangka masa 90 hari akan datang, iaitu menjelang PRU-13 untuk memilih kerajaan kesukaan mereka; sama ada untuk mengekalkan kerajaan yang sedia ada atau memberi mandat kepada pembangkang untuk menjadi kerajaan.

Kita semua rakyat Malaysia sangat kagum dan bangga mempunyai seorang PM yang begitu memahami kehendak rakyat dan boleh menganggap Datuk Seri Najib ini seorang bapa yang begitu menyayangi anak-anaknya dengan pelbagai hadiah kepada semua anak-anaknya.

Belum pernah dalam sejarah Malaysia moden seorang Perdana Menteri yang begitu hebat dan disayangi semua rakyat. Apa tidaknya, lihat sahaja twitternya dan facebooknya yang mempunya pengikut sehingga 1 juta.

Tidak hairanlah jika beliau PM yang paling diminati abad ini di Malaysia. Manakala bagi rakyat Sabah; sememangnya Datuk Seri Najib sangat rapat di hati rakyat Sabah, rata-ratanya masih sayangkan BN.

Masyarakat Sabah sudah dapat merasakan PM, seorang yang boleh mereka harapkan yang rata-ratanya masih mahukan BN kembali memerintah Sabah.

Para pengundi dan pembayar cukai ini termasuk masyarakat Cina yang  mula ada keyakinan terhadap BN. Jika kita tengok kepopularan 'Ah Jib Gor' dengan 'An Fah Gor' (Anwar), maka jelas sekali Ah Jib Gor  lebih popular dalam minda masyarakat Tiong Hua Sabah.

Namun BN Pusat, terutama Datuk Seri Najib mesti merenung sejarah silam, sekitar 1985, kerana ketika itu rakyat Sabah terutama di Tenom, Sabah,berani menggulingkan seorang Ketua Menteri yang paling  berkuasa pada masa itu, Datuk Harris Salleh, yang akhirnya tumpas secara memalukan kepada  'Tunggul Kayu Buruk' atau Datuk Kadoh Agundong.

Jika BN tidak berhemat, terutama jika Ketua Menteri Sabah tidak berjaya memadam kebangkitan politik pembangkang dan petualangan BN secara bijaksana, kesilapan memelihara terlalu ramai pembodek; kita tidak menolak kemungkinan 'Badi Tenom' akan berulang di Libaran.

Persoalannya, adakah BN bersedia memenuhi kehendak rakyat Sabah, rata-ratanya masih sayangkan BN dan Datuk Najib, akan tetapi ramai 'gunting dalam lipatan' sedia menyambar peluang menjadi Ketua Menteri jika ada aral yang menghalang Musa menyambung khidmatnya selepas PRU-13.

Ramai tokoh yang mengimpikan jawatan yang disandang Musa; antaranya, ialah Adun Sulaman, Datuk Hajiji Hj Noor; Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Adun Keranaan, Datuk Masidi Manjun; Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia dan sebagainya yang sudah begitu lama menunggu.

Salam  Hormat,

MOHD DANIAL ADULLAH

No comments:

Post a Comment