BANTUAN....Terima
kasih salah seorang penuntut menerima Bantuan awal Persekolahan yang disampaikan sendiri oleh
ADR Libaran, Juslie Ajirol.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
SEJAK Barisan Nasional (BN)
mengambil alih tampuk pemerintahan Sabah pada 1994, para pemimpinnya yang
dipilih oleh rakyat jelata sebagai Wakil Rakyat tidak merasa jemu membantu para
pengundinya dalam pelbagai aspek kerana sudah menjadi dasar kerajaan BN
membangunkan kawasan yang diwakili tanpa pilih kasih.
Ahli Dewan Rakyat Libaran,
Datuk Hj Juslie Ajirol berkata demikian ketika berucap di majlis Program Kilauan
Permata 2013 sempena Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan 1Malaysia yang membabitkan seramai 553 murid kelmarin.
Katanya, rakyat sekarang
amat beruntung kerana kerajaan BN
sentiasa memberikan bantuan kepada penduduk setempat yang memerlukan
terutama sekali kepada golongan yang kurang berkemampuan.
"Ini jelas kerajaan BN begtu prihatin dimana setiap
tahun anak-anak mereka yang bersekolah sentiasa mendapat bantuan sebanyak
RM100.00 setiap murid,” ujar Juslie.
Seandainya mereka mempunyai
anak seramai 5 orang yang masih
bersekolah, tambah Juslie, maka kelima-lima anaknya tadi
turut menerima bantuan tersebut
yang berjumlah RM500.
Kerajaan BN, tambah Juslie
sentiasa peka terhadap masalah rakyat, namun ada kalanya bantuan yang dipohon agak lambat sedikit sampai ke satu-satu kawasan kerana terpaksa
melalui kajian dan melibatkan beberapa pihak.
Oleh itu, rakyat di Libaran
harus menyokong dasar-dasar kerajaan
yang sedia ada kerana hanya kerajaan BN sahaja yang mampu membela nasib
rakyatnya mencakupi pembangunan prasarana, sosio ekonomi, pendidikan, kesihatan
dan juga keharmonian rakyatnya.
Majlis yang diadakan di
Dewan Sebaguna Kampung Gum-Gum Batu 16, Jalan Labuk, Sandakan telah dihadiri
seramai lebih 500 orang penduduk setempat.
Turut hadir ialah ADUN
Gum-Gum, Datuk Hj Zakaria Hj Edris; Ketua Pemuda UMNO Bahagian Libaran Suhaimi
Hj Nasir dan pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.
No comments:
Post a Comment