Oleh : ABDUL BAKAR ESAH
BEAUFORT: Pengerusi
Pergerakan Wanita Barisan Nasioal (BN) Beaufort. Datuk Azizah Mohd Dun mahu
semua ahli Wanita BN meningkatkan kemesraan sesama mereka sekali gus menjamin
perpaduan dan kerjasama sedia ada dapat dipertahankan.
Beliau yang juga Adun Klias
berkata penganjuran program-program yang bersifat santai adalah satu pendekatan
yang berkesan bagi merapatkan hubungan dengan lebih akrab antara semua jentera
wanita dalam parti komponen BN di sini.
“Saya lebih suka program-program
kita adakan secara santai dimana kita dapat makan bersama-sama dan berhibur
bersama-sama. Degan pendekatan sebegini ianya akan mewujudkan suasana yang
mesra dan sudah tentu tiada jurang pemisah antara pemimpin dan masyarakat,”
katanya.
Beliau berkata demikian
ketika berucap pada program Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Wanita BN Beaufort
dan Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) Parlimen Beaufort di Bangunan
Persatuan Warga Emas Beaufort.
Azizah yang juga Menteri
Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna turut mengingatkan semua hadirin
agar terus menyokong kerajaan BN yang telah membawa pelabagai pembangunan dan
bantuan untuk faedah penduduk di negeri ini.
“Teruskan sokongan kepada
kerajaan dan bekerja kuatlah demi memastikan BN akan terus mendapat mandat bagi
meneruskan pembangunan di daearah dan negeri ini,” katanya.
No comments:
Post a Comment