Oleh : KOH JUN LIN
SURUHANJAYA Pilihan Raya
(SPR) tidak akan mengulas mengenai prosiding suruhanjaya siasatan diraja (RCI)
mengenai pendatang asing di Sabah sehinggalah selesai.
Pengerusi SPR Abdul Aziz
Mohd Yusof berkata beliau telah diberi nasihat undang-undang bahawa berbuat
demikian akan menghina prosiding RCI.
Katanya, SPR akan dipanggil
memberi keterangan kepada RCI sekitar
bulan Februari.
Oleh itu, tambahnya, adalah
tidak wajar untuk beliau mengulas mengenai prosiding itu yang sedang berjalan.
Katanya, biarlah RCI menjalankan
tugasnya sehingga selesai dan mengumumkan penemuannya.
Kemudian, katanya, barulah
wajar bagi SPR untuk memberi respons.
Ketika dihubungi hari ini,
Abdul Aziz juga berkata hampir 200 saksi akan dipanggil untuk memberi
keterangan kepada RCI.
Bagaimanapun, katanya, SPR
kini mendaftar pengundi mengikut proses sewajarnya, dan tidak seperti apa yang
didakwa berlaku lebih 20 tahun lalu.
Siasatan RCI itu, yang kini
masuk hari keempat, telah mendengar keterangan para pegawai kanan Jabatan
Pendaftaran Negara (JPN) Sabah yang mendakwa mereka telah diarahkan memudahkan
pendatang mengundi dalam pilihan raya negeri pada tahun 1990-an.
No comments:
Post a Comment