KUALA LUMPUR : Betapa Iuluhnya
hati seorang wanita apabila 'menangkap' suaminya yang sedang asyik tidur
bersama anak saudaranya berusia 25 tanun dalam sebuah bilik di rumahnya di Bandar
Baru Sentul, di sini, Kelmarin.
Lebin menyedihkan Iagi
apabila mangsa adalah individu yang telah menjaga dan membesarkan anak
saudaranya itu sejak kecil selepas kehilangan ibu dan bapanya yang maut dalam
nanas jalan raya.
Wartawan difahamkan, suami
wanita itu sudah menjalin hubungan dengan anak saudara isterinya itu sejak lima
tahun Ialu Iagi, namun kejadian itu hanya disedarinya kira-Kira jam 12 tengah
malam, Kelmarin.
Menurut isteri berkenaan
yang hanya mahu dikenali sebagai Tipah, 42; beliau membesarkan anak saudaranya
itu sejak berusia 15 tahun Iagi.
"Anak saudara saya itu
menjadi yatim piatu pada 2003 selepas ibu dan bapanya maut dalam kemalangan jalan
raya," ujarnya.
Tambahnya, tembelang skandal
suami dan anak saudaranya itu terbongkar selepas dia terjaga dari tidur apabila
mendapati suami tiada di sisinya.
"Saya kemudian mencari
dan membuat pemeriksaan dan betapa terkejut dan Iuluhnya hati saya selepas
mendapati suami serta anak saudara itu berpelukan di bilik sebelah," katanya.
Menurutnya Iagi, susulan
insiden 'kantoi' berkenaan, dia mendesak anak saudaranya itu berterus terang
mangenai hubungannya dengan suami dan akhirnya anak saudaranya itu mengaku
menjalin hubungan sulit sejak lima tahun yang Ialu.
"Bagi mengelakkan
mereka meneruskan hubungan sulit itu, saya telah mencadangkan kepada suami
untuk menghantar anak saudara saya itu ke rumah saudara Iain tetapi dihalang.
"Akibatnya, saya pula
yang dibelasah suami bagi menutup hubungan suIit mereka. Saya cedera di kaki
dan kepala sebelum saya melarikan diri dari rumah bagi mengelak terus dibelasah
suami."
Tambahnya Iagi, berikutan
dari kejadian itu, Tipah membuat Iaporan di Balai Polis Sentul.
No comments:
Post a Comment