PEMECATAN....Armah
menunjukkan surat pemecatan Norhayati daripada UMNO Batu Sapi.
Oleh : SHAIMON S JUMADI.
KETUA Cawangan UMNO Tanduk
Kampung Cenderamata, Batu Sapi II, Armah Abu Bakar (gambar) menyelar
kenyataan mantan Ketua Wanita UMNO Tanduk, Norhayati Ajarai yang mendakwa
kononnya seramai 350 ahli UMNO cawangan
kampung tersebut menyertai PKR Cabang Batu Sapi seperti yang tersiar di
Portal Sabahkini.Net pada 31 Disember lalu kerana merupakan satu pembohongan
yang nyata.
Kata Armah, kenyataan Norhayati
tidak berasas sama sekali kerana jumlah
keahlian UMNO Cawangan Tanduk hanya berjumlah 113 sahaja; dari mana datangnya 237
orang lagi.
"Mungkin dia bawa ahli
hantu kerana kesemuanya masih bersama UMNO," kata Armah dengan nada sinis.
Tambah Armah, ekoran
tindakan Norhayati yang keluar dan meninggalkan UMNO, kemudian menyertai PKR
yang dianggap sebagai petualang; maka beliau telah dipecat dan digugurkan
keahliannya daripada Cawangan UMNO Batu Sapi.
Armah menambah,
tindakan memecat atau menggurkan
Norhayati daripada UMNO Batu Sapi dibuat
melalui satu keputusan mesyuarat khas
cawangan Tanduk yang diadakan kelmarin setelah dipersetujui oleh semua
ahli-ahli UMNO cawangan berkenaan.
“Dengan ini, saya
memaklumkan bahawa Norhayati telah dipecat dari jawatannya dan kini digantikan serta merta oleh Nursik
Baralun sebagai Ketua Wanita Cawangan (sebelum Naib Ketua Cawangan).
Manakala jawatan Naib Ketua
Cawangan UMNO berkenaan telah disandang oleh Yusrina Latip dan perlantikannya
telah disokong dengan sebulat suara oleh semua ahli UMNO cawangan berkenaan.
Kata Armah lagi, walaupun
Norhayati telah keluar daripada UMNO dan menyertai parti pembangkang;
sedikitpun tidak menggugat kekuatan perjuangan UMNO Batu Sapi.
"Malah pemergian
Norhayati daripada UMNO amat dialu-alukan dan merupakan satu rahmat kepada UMNO
Batu Sapi; khususnya Cawangan Tanduk kerana kami tidak mahu menyimpan orang
yang diibaratkan duri dalam daging," kata Armah.
Armah menjelaskan, UMNO Batu
Sapi di bawah kepimpinan Datuk Hj Samsudin Yahya sebagai Ketua Bahagian UMNO akan
terus berjuang untuk membela nasib rakyat dalam aspek pembangunan, selaras dengan
slogan Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan dan janji ditepati.
Kata Armah, beliau agak sedih kerana perjuangan
politik Norhayati tumpas di tengah jalan setelah bersamaa UMNO sejak 20 tahun
lalu.
No comments:
Post a Comment