Oleh : Lo_Phunk
TANDATANYA seluruh rakyat
Malaysia berkenaan bilakah tarikh parlimen dibubarkan sudah terjawab. Perdana
Menteri telah mengumumkan Parlimen dibubar pada 3 April 2013 bersamaan hari
rabu lalu.
Seluruh rakyat Malaysia
menyambutnya dengan tenang dan berharap akan ada perubahan yang bakal berlaku.
Bagi rakyat Sabah, tiada apa yang patut dibanggakan kerana masih banyak
kemudahan yang tidak mampu diberikan oleh kerajaan yang dipimpin oleh Barisan
Nasional.
Isu RCI bagi pendatang asing
tanpa izin masih belum selesai sehingga kini dan menyebabkan rakyat semakin
tertekan dan tertanya-tanya adalah BN akan meneruskan penyiasatan ini selepas
menang PRU 13?
Isu kerakyatan songsang yang
perlu dimansuhkan dan diutarakan oleh Presiden UPKO, langsung tidak mendapat
perhatian oleh UMNO, sedangkan perkara itu sangat penting bagi rakyat Sabah;
apatah lagi ura-ura untuk mencalonkan kembali YB IC Projek, Samsudin Yahya di
DUN Sekong telah menyebabkan rakyat Sabah melihat Kerajaan Negeri Sabah
bersandiwara menubuhkan Panel RCI.
Isu dua telaga minyak Sabah
yang dijual oleh Barisan Nasional kepada Brunei dan menyebabkan Sabah mengalami
kerugian RM 250 bilion daripada hasil jualan petroleum tersebut juga masih
tergantung. Kini belum ada sebarang keputusan untuk diambil balik, sedangkan
pendapatan daripada telaga minya ini mampu menjana ekonomi dan menyuntik dana
ke dalam pembangunan negeri.
Isu royalti minyak dinaikkan
20% yang terang-terangan tidak dipersetujui oleh Perdana Menteri, sedangkan
penambahan royalti ini akan meningkatkan keberhasilan negeri dan meningkatkan
prasarana di negeri Sabah terutamanya di pedalaman.
Semua isu ini belum selesai
dan persoalannya di sini, haruskah rakyat menyokong Barisan nasional pada kali
ini sedangkan mereka langsung tidak melihat dan mendengar masalah rakyat?
Adakah kita masih berharap Barisan Nasional akan melakukan perkara ini selepas
diberi mandat kelak ?
Parti USNO tumbang kepada
BERJAYA pada tahun 1976 iaitu 7+6 = 13
Parti BERJAYA tumbang kepada
PBS pada tahun 1985 iaitu 8 + 5 = 13
PBS tumbang kepada BN pada
tahun 1994 iaitu 9+4 = 13
dan kini....
BN Vs Pakatan rakyat pada
tahun 2013 iaitu dua nombor di belakang adalah 13 dan adakah angka 13 ini akan
menjadi malapetaka bagi BN, sama seperti parti yang lain sebelum ini.
Parlimen dibubar pada rabu
dan ada yang mengatakan rabu itu adalah nama singkatan bagi 'Rakyat Akan Benam
Umno'. Adakah tarikh pembubaran parlimen itu akan menjadi malapetaka bagi BN
kerana 3/4/2013 iaitu tarikh pembubaran, jika di tambah semua nombor berkenaan
3 + 4 + 2 + 1 + 3 = 13!
Jika benar berlaku, maka
kebangkitan rakyat kali ini sangat luar biasa.
No comments:
Post a Comment