Oleh : BOO SU-LYN
KUALA LUMPUR : Datuk Seri
Najib Razak hari ini berkata beliau yakin Barisan Nasional (BN) akan menang
besar dalam Pilihan Raya 2013 dengan manifesto gabungan pemerintah itu akan
memfokuskan untuk mengubah standard kehidupan rakyat Malaysia dan keadaan
ekonomi.
Akan tetapi menurut Najib,
gabungan pemerintah itu perlu bekerja keras dan mengurangkan pergaduhan
dalaman.
“Kita komited kepada janji
yang dibuat,” kata Najib kepada pemberita selepas mesyuarat Umno dan Barisan
Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini .
“Based on national
transformation, the manifesto’s emphasis will be on improving the living
standards of people and improving the economy,” said the BN chairman, adding
that BN’s manifesto would be unveiled this Saturday at Bukit Jalil here.
“Berdasarkan transformasi
nasional, manifesto akan menekankan untuk mengubah standard kehidupan rakyat
dan memperbaiki ekonomi, “ kata pengerusi BN itu, sambil menambah manifesto BN
akan dilancarkan Sabtu ini di Bukit Jalil.
Pakatan Rakyat (PR)
mengumumkan manifesto pilihan raya mereka Febuari lalu, menjanjikan penyusunan
semula dasar-dasar ekonomi negara untuk memastikan setiap isi rumah Malaysia
mendapat pendapatan bulanan minimum sebanyak RM4,000.
Najib mengatakan hari ini
calon pilihan raya BN akan diumumkan lebih cepat dari selalu, akan tetapi tidak
memberikan tarikh.
“Kami mahu umumkan lebih
awal bagi membenarkan mereka berkempen di samping itu ada masa untuk BN
perhatikan reaksi kepada calon-calon kita seperti apa perkara yang harus
dilakukan sekiranya timbul sebarang masalah dan sebagainya,” katanya.
Najib juga berkata beliau
berharap keganasan tidak berlaku semasa hari mengundi.
“Demokrasi berparlimen mesti
mengutamakan menghormati integriti dan membenarkan rakyat untuk membuat
keputusan secara bebas, tidak menakutkan mereka atau menghalang mereka,”
katanya.
Pembangkang telah mengalami
beberapa serangan ganas yang didakwa dilakukan oleh penyokong BN atau kumpulan
yang dikaitkan dengan Umno, menjelang Pilihan Raya 2013 yang dijangka akan
diadakan menjelang akhir bulan.
Pilihan Raya 2013 dijangka
menjadi yang paling sengit dipertandingkan dalam sejarah selepas BN hilang
majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen dalam pilihan raya umum 2008, yang
digelar sebagai 'tsunami politik' Malaysia. (TMI)
No comments:
Post a Comment