Thursday, 18 April 2013

AMARAN KEPADA GURU YANG BERPOLITIK






AMARAN...Jame memberi amaran guru-guru yang melibatkan diri dalam kancah politik.


Oleh : SHAIMON S JUMADI                  Foto :  SAFFIE S JUMADI


SANDAKAN : Guru-Guru sekolah yang melibatkan diri dalam arena politik, sama ada pro kerajaan mahupun pro pembangkang; Jabatan Pelajaran tidak akan berkompromi atau tolak ansur dan tetap akan diambil tindakan tatatertib melalui opsyen tertentu termasuk persaraan awal.

Kata Jame, pihaknya Kita tidak mahu ada guru yang masih berkhidmat dengan kerajaan seperti duri dalam daging; tidak fokus kepada tugas guru seperti yang diamanahkan untuk mendidik anak bangsa mereka.

"Jadi kalau mereka sudah tidak minat lagi untuk berkhidmat sebagai guru dan menumpukan perhatian sepenuhnya dalam kancah politik; maka lebih baik meletakan jawatan."


Pengarah Pelajaran Negeri Sabah, Jame  Alip,  berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan Sabahkini.Net sejurus selepas merasmikan Makan Malam sempena Majlis Permaufakatan Pengarah Pelajaran Negeri Bersama Lembaga Sekolah, PIBG dan Warga Pendidik di Ballroom Sabah Hotel dekat sini malam tadi.


“Memang tidak dinafikan ramai guru yang berkecimpung dalam gelanggang politik; sama ada secara terang-terang mahupun secara sembunyi sehingga mereka sanggup meninggalkan tugas mereka,” tegasnya.


Mengenai persiapan untuk pembuangan undi pada PRU 13 ini yang jatuh pada 5-5-2013 ini banyak sekolah-sekolah digunakan sebagai tempat pusat pembuangan undi di seluruh pelusuk Sabah Jame menjelaskan semuanya telah siap diatur  lebih awal.

Katanya guru-guru juga telah terlibat sebagai pegawai SPR sementara untuk membatu proses perjalanan pengundian di satu-satu tempat dinasihatkian agtar menjalankan tugas dengan telous dan ikhkas dan amanah kerana setiap guru yang terpilih dilantik sebagai pegawai SPR pada masa itu tanggungjawab yang diamanahkan harus dipikul bersungguh-sungguh.





“Mengenai tahap pendidikan di Sabah jika dibandingkan di Semenanjung, tidak jauh berbeza kerana ramai pelajar di Sabah mencapai kecemerlangan dalam setiap peperiksaan dan sekaligus membuktikan mereka mempunyai potensi yang baik dalam aspek akademik untuk menjamin kehidupan masa depan mereka,” ujarnya

Dalam pada itu, kata Jame, analisa kenaikan pengkat Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) bagi tahun 2012,  mengikut gred dan pangkat  daripada gred DG48 ke Gred DGA32 seramai 6,747 orang  keseluruhan sekolah di pelusuk Sabah.

Jame menambah, mengenai kadar elaun guru-guru tidak diseragamkan sehingga terdapat perbezaan antara guru tempatan dan guru dari Semenanjung; kini sedang dalam perbincangan dengan kerajaan, khususnya pihak Kementerian Pelajaran dan akan diselaraskan dalam masa terdekat.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluannya, Pegawai Pelajaran Daerah Kinabatangan yang juga selaku pengerusi penganjur pada majis tersebut, Suhaimi Hj Othman antara lain menjelaskan tujuan mengadakan majlis seumpama itu adalah untuk suai  kenal antara satu sama lain antaranya guru-guru setempat, ahli lembaga sekolah dan PIBG.

No comments:

Post a Comment