Oleh : ANSARI ABDULLAH
SMS Datuk Kong Hong Ming
kepada saya @ 10.36 am Jumaat 19.04.2013:-
"Hj. I am grateful you
could sms me hj amin handpone or pls ask him to call me asap for his nomination
paper for DUN Sulaman as recommended by Cbang Tuaran. Urgent. Thankyou."
Lepas Solat Jumaat, Tuan Hj
Amin menelefon Datuk Kong Hong Ming menggunakan telefon bimbit saya dan diberitahu
oleh Datuk Kong bahawa Borang dan Watikah ada bersamanya di Tawau.
Saya minta Hj Amin
bertanding tetapi dia enggan tanpa watikah. Saya minta Hj Ali Akbar Kawi
bertanding sebagai calon KEADILAN dan dia bersetuju.
Persoalannya, bagaimana Hj
Ghulabdin Enjih yang keahlianya BELUM DILULUSKAN boleh menerima WATIKAH CALON
KEADILAN untuk bertanding di N10 Sulaman sedangkan Parti telah memutuskan Hj
Amin Ibrahim sebagai Calon?
KEADILAN Cabang Tuaran tetap
akan mempertahankan HJ ALI AKHBAR KAWI sebagai calon KEADILAN apabila Calon
asal yang dipilih menarik diri dan calon gantian, HJ AMIN IBRAHIM enggan
bertanding tanpa Watikah.
Oleh itu, kelmarin Cabang
PKR Tuaran mengemukakan 3 orang calon original iaitu ahli PKR untuk bertanding
menentang calon-calon luar bukan ahli PKR dalam PRU 13. Ahli-ahli PKR asal yang
bertanding itu ialah:
1. Hj Ali Akbar Kawi di N.10
Sulaman
2. Rhodes Panilau di N.11
Kiulu
3. Erveana Veana Ansari di
P.170 Tuaran.
Bagaimanapun, hanya calon di
N.11 Kiulu sahaja yang akan menggunakan simbol KeAdilan. Dua calon yang lain
menggunakan lambang BUNGA RAYA. Ketiga-tiga calon PKR asal ini telah
menunjukkan semangat KeAdilan yang tinggi yang selama ini menjadi asas
perjuangan mereka dengan memakai baju bersemat logo keAdilan.
Berbeza dengan calon-calon
bukan ahli PKR yang bertanding dengan logo KeAdilan yang hanya memakai baju
biasa dan lambang APS (Bukan Logo KeAdilan!).
Mereka telah diberi sokongan
oleh Ketua Cabang PKR Tuaran yang tidak bertanding kerana kegagalan Ketua Umum
PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menepati janjinya untuk memberikan satu kerusi
ditandingi oleh Ketua Cabang dan telah memberi kedua-dua kerusi tersebut untuk
ditandingi oleh DSP Wilfred Bumburing yang bukan Ahli Parti KeAdilan dan tidak
mendapat sokongan penuh oleh ahli PKR Cabang Tuaran.
Kedua-dua ahli PKR asal ini
masuk bertanding untuk memberi peluang kepada ahli-ahli dan penyokong setia PKR
keluar mengundi pemimpin yang mereka kehendaki.
Penolakan rakyat untuk
mengundi Wilfred Bumburing adalah disebabkan kegagalan Wilfred menunaikan
segala janji-janjinya membawa kemajuan dan mengatasi kemiskinan rakyat di semua
kawasan yang beliau wakili sebagai MP yang lalu. Janji-janji beliau hanya janji
kosong belaka.
Bertandingnya calon-calon
PKR asal ini dalam PRU 13 ini juga adalah sebagai manifestasi tunjuk isyarat
yang perlu Ketua Umum PKR lihat dari sudut KeAdilan sebenarnya bahawa apa yang
beliau telah lakukan terhadap cabang parti yang beliau asaskan ini; merupakan
satu kezaliman yang tidak dapat diterima oleh ahli, penyokong dan rakyat
Tuaran.
Anwar juga telah gagal
melihat bahawa kerja keras selama 14 tahun di Cabang Tuaran sebenarnya kini
telah membuahkan hasil dan tinggal memetiknya, tetapi tindakan membenarkan
orang luar mengacak-acak hasil hanya untuk dirosakkan adalah sesuatu yang tidak
boleh diterima sama sekali!
No comments:
Post a Comment