Oleh : PAPARAZZI
SABAHKINI.NET
HEBATNYA Datuk Yahya Lampung
dalam arena politik Sabah umpama hebatnya Sekang @ Saddui @ Kadarau yang cantik
bulunya tetapi mempunyai kentut yang terbusuk di dunia.
Yahya Lampung telah mengisi
setiap inci bumi politik Sabah sejak USNO sehinggalah kepada UMNO kerana memain
peranan mega dalam hampir kesemua insiden penting dan tragedi memalukan di
Sabah.
Dari Rusuhan Kaum kepada
menghalang Pairin mengangkat Sumpah sehinggalah kepada sabotag ekonomi Sabah
ketika menyandang jawatan Pengerusi Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS).
Yahya yang pernah memegang
pelbagai jawatan terutama di peringkat Persekutuan sebagai Timbalan Menteri
tetapi tidak sehebat ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi CIS kerana
umpama tidur dalam 'Strong Room' Bank Negara Malaysia yang dilimpahi wang
ringgit.
Walaupun Yahya menerima
jutaan ringgit setiap bulan hasil Konspirasinya dengan pembekal klinker dari
Taiwan, namun sifat 'Lupa Daratan' Yahya begitu ketara kerana menganggap
Kerajaan BN Sabah sebagai ‘COMMUNISM POLITICS’; tidak ubah seperti kata bidalan
menggigit tangan yang menyuapkan makanan.
Mungkin Yahya lupa bahawa
politik 'Komunis' Kerajaan Negeri Sabah juga yang telah melantik beliau sebagai
Pengerusi CIS dengan elaun yang tidak mungkin mampu menampung kos beliau anak
beranak terbang ke Seoul, Korea hanya untuk membeli DVD Winter Sonata dan
bershopping sakan; melainkan melalui peluang rasuah yang diciptanya kerana
'Kontrak Rahsia' berada di dalam 'kuasanya' sebagai Pengerusi CIS.
Tidak ramai tahu bahawa
Yahya yang sebelum ini merupakan Pengerusi Cement Industries (Sabah) Sdn Bhd (CIS)
terlibat dengan Skandal Rasuah bernilai jutaan ringgit tanpa pengetahuan Ahli-Ahli
Lembaga Pengarah CIS.
Perjanjian Perolehan dengan
Syarikat Taiwan iaitu HUGH GROWTH CO sejak tahun 2009 sehingga kini bagi membekalkan
bahan mentah yang dikenali sebagai ‘BULK CEMENT’ & ‘CLINKER CEMENT’ dengan
nilai kontrak berjumlah USD 50 Juta Setahun.
Skandal ini telah memberikan
‘Kemewahan’ dan secara tidak langsung telah membiayai survival politiknya
bersama Pakatan Rakyat dengan wang yang diperolehi daripada Perjanjian Rasuah
di antara Yahya bersama dengan Naib Presiden Hugh Growth Co iaitu Michael Wei
Kang Chang (Warga Taiwan) yang melibatkan komisyen berjumlah USD2 sehingga USD3
bagi setiap tan metrik agar kontrak pembekalan di antara dua entiti ini tidak
terputus.
Bagi memadam jejak bertapak
SPRM, Yahya menggunakan menggunakan proksinya, Faridah Ibrahim (580429-60-5058)
yang beralamat di 99, Jalan Ampang Hilir, 55000 Kuala Lumpur.
Warga Brunei yang mendapat
taraf penduduk tetap ini ialah isteri ketiga Yahya telah dilantik sebagai Agen
Perunding Pemasaran oleh HUGH GROWTH telah memberikan ‘Kelebihan’ kepada Yahya;
wal hal hakikatnya pemegang MyPR tersebut tidak pernah sekalipun menjalankan
tugasnya sebaliknya memperolehi imbuhan serta faedah kewangan secara rasuah bernilai
jutaan ringgit.
Papparazzi akan mendedahkan bukti
pergerakan kewangan ‘Haram’ ini dalam masa terdekat bagi membolehkan para
pengundi di Parlimen Papar tidak tersalah pilih calon bak kata pepatah;
pilih-pilih langsat, terpilih bangsat!
No comments:
Post a Comment