Saturday, 6 April 2013

ANWAR UMUM PERTAHAN PERMATANG PAUH








BUKIT MERTAJAM : Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menamatkan teka tekinya mengenai kononnya akan berpindah kawasan parlimen apabila mengumumkan akan mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) ini.

Dalam ceramah Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu di Padang Awam Taman Pauh, beliau memberi alasan untuk mempertahankan kerusi parlimen itu atas sokongan rakyat di kawasan itu.

Katanya, hasrat awal beliau mahu bertanding di Tambun, Perak bagi mengukuhkan pakatan pembangkang di sana tetapi tidak dapat berbuat demikian berikutan berasa terhutang budi dengan penduduk di Parlimen Permatang Pauh.

"Mengikut perancangan awal memang saya nak bertanding di Tambun tetapi selepas beberapa pertemuan dengan penduduk di Permatang Pauh, mereka mahu saya terus pertahankan kerusi di sini.

"Kerana terhutang budi dan jasa penduduk di sini, saya dengan ini mengumumkan untuk mempertahankan kerusi parlimen ini," katanya. (Bernama)

No comments:

Post a Comment