Oleh : ABU BAKAR ESAH
KUALA PENYU: Kaum Bisaya
tidak akan terpinggir dari barisan kepimpinan kerajaan dalam pelbagai
peringkat.
Menyatakan demikian, Ahli
Dewan Undangan Negeri Klias, Datuk Azizah Mohd Dun berkata kaum Bisaya tidak
ketandusan pemimpin kerana ramai anak-anak Bisaya telah berpendidikan tinggi
dan berjaya dalam pelbagai sektor.
“Kaum Bisaya tak perlu
bimbang dengan kehilangan seorang pemimpin kerana masih ramai pemimpin Bisaya
yang berkelibar di dalam kerajaan.
“Kita juga mempunyai
anak-anak muda yang menjadi pemimpin dalam pelbagai pertubuhan samada yang
ditaja oleh kerajaan atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kerana kini kaum
Bisaya telah memepunyai pendidikan yang tinggi setaraf dengan kaum-kaum lain
dinegeri ini,” katanya mengingatkan penduduk agar tidak terkeliru dengan dakyah
pihak pembangkang yang cuba memainkan sentimen perkauman.
“Kita mestilah rasional dan
jangan mudah keliru dengan dakyah pihak pembangkang yang mengatakan kita
ketandusan pemimpin. Ketahuilah bahawa motif mereka meminta simpati atas dasar
kepentingan politik peribadi,” katanya merujuk kenyataan Pengerusi PPPS yang
juga Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS), Datuk Seri Penglima Lajim
Ukin dalam beberapa ceramahnya kepada penduduk.
Azizah yang juga Menterai
Pembangunan Masayarakat dan Hal Ehwal Pengguna turut menegaskan bahawa kerajaan
BN tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum di negara ini.
“Kerajaan tidak meminggirkan
mana-mana pemimpin yang mewakili kaum masing-masing tetapi kadang-kadang
pemimpin itu yang lari daripada kerajaan walaupun setelah mendapat banyak
nikmat daripada kerajaan. Apabila ini berlaku pemimpin itu yang khianat kepada
kaumnya bukan kerajaan. Justeru kita mesti tolak pemimpin seperti ini,”
katanya.
Beliau berkata demikian pada
program Jelajah Salam Sayang Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort di rumah
kediaman Matnor Masrun Kg Memalan Berangkok, Kuala Penyu.
Hadir sama, Pemangku Ketua
Umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih, Ahli Jawtankuasa Umno Beaufort, Sadi
Nasah, Pengerusi Kelab Pro BN Beaufort, Osin Jilun, Ketua Anak Negeri Kuala
Penyu, Bisnin Tonim, Imam Dearah, Kifli Burut, Mantan Naib Ketua Cabang PKR
Beaufort, Adnan Matali, Pemangku Ketua Umno Cawangan Kg Berangkok, Mohd Jasnia
Sirin
Sementara itu Isnin yang
sependapat dengan Azizah mencabar Lajim mengadakan mesyuarat PBBS di luar rumah
kediaman beliau untuk membuktikan Janang Gayuh itu benar-benar ikhlas
memperjuangkan kepentingan PBBS.
“Sebagai Naib Presiden saya
akan hadir mesyuarat PBBS jika ianya diadakan bukan di rumah beliau. Kita dan
ramai lagi dari Ahli Majlis Tertinggi PBBS akan menyatakan pendirian berkenaan
PBBS dengan lebih rasional tetapi beliau tidak berani mengadakan mesyuarat di
luar rumah,” katanya.
No comments:
Post a Comment