Oleh : ABDUL RAHIM SABRI
PERDANA Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak berkata BN hari ini telah memuktamadkan calonnya yang 'terkuat
dan terbaik' bagi berdepan calon pembangkang pada pilihan raya umum 5 Mei ini.
Beliau yang juga pengerusi
BN juga menegaskan sebanyak 33 peratus calon di peringkat parlimen terdiri
daripada muka baru, manakala sebanyak 49 peratus terdiri calon baru di
peringkat DUN.
Menurutnya lagi, 91 peratus
calon BN di peringkat parlimen mempunyai kelayakan akademik peringkat diploma
ke atas.
"Dari segi penyertaan,
sebanyak 31 peratus di kalangan profesional termasuk profesor universiti,
pegawai PTD, badan-badan agensi kerajaan, doktor, peguam, ulama, (pemimpin)
popular di peringkat akar umbi dan sebagainya.
"Umumnya saya yakin,
ini pasukan BN yang terkuat mampu kita tampilkan. Dan saya yakin inilah pasukan
yang mampu memenuhi akujanji manifesto dan membantu kerajaan dengan dasar
tranformasinya," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan senarai
dan watikah calon kepada presiden komponen parti dan pengerusi BN di seluruh
negara.
Menurutnya lagi pemilihan
calon di peringkat parlimen dan DUN adalah berdasarkan kepada "sentimen
dan jangkaan pengundi bahawa BN dan Umno sudah bersedia melakukan perubahan dan
pembaharuan".
"Di samping itu, kita
juga cuba mengambil kira perlunya kita membariskan wakil-wakil rakyat yang
sedia ada, yang terdiri ada pengalaman berkhidmat dalam kerajaan.
"Ini kerana imbangan
muka baru dan muka yang berpengalaman adalah amat penting. Kita bukan sahaja
menampilkan pembaharuan, tetapi kita ada sebuah parti yang mana dengan mandat
baru akan menubuhkan kerajaan akan datang, kita juga mampu mentadbir kerajaan
dan berkhidmat kepada rakyat," katanya.
Sehubungan itu, katanya,
berdasarkan jadual, parti-parti komponen BN akan memaklumkan senarai calon
masing-masing pada hari ini.
Umno umum calon hari ini
Manakala, pengerusi BN
negeri-negeri akan mengumumkan senarai dan penyerahan watikah secara serentak
pada keesokan harinya (hari ini).
Bahkan katanya, pengumuman
calon Umno akan dibuat pada selasa.
"Ini merupakan barisan
terbaik yang mampu disediakan. Ia (pemilihannya) adalah merupakan satu proses
yang panjang yang dilakukan pada kali ini, meliputi banyak perundingan dengan
parti komponen BN dan pengerusi BN negeri," katanya.
Menjawab soalan, Najib
berkata senarai calon yang diserahkan adalah "senarai terakhir" dan
berharap tidak timbul situasi yang membolehkan pertukaran berlaku.
"Saya berharap tidak
ada perubahan. Kami tidak menjangkakan perubahan. Saya berharap tidak timbul
situasi yang membolehkan perubahan berlaku... Kami berharap (senarai) ini
adalah final," tegasnya.
Kepada calon atau penyandang
yang tidak terpilih, Najib turut mengucapkan perhargaan dan terima kasih dan ia
tidak disebabkan mereka "gagal, bermasalah atau ada kepincangan".
Sebaliknya, katanya,
tuntutan rakyat yang mahukan perubahan adalah antara sebab tindakan itu dibuat.
"Terima kasih kepada
semua wakil rakyat yang tidak bertanding. Ia bukan stu penafian atas khidmat
mereka selama ini.
"Kita berharap mereka
terus menyokong parti dan memberi sumbangan dalam pilihan raya umum dan selepas
itu," katanya.(MKINI)
No comments:
Post a Comment