Oleh : ABDUL RAHIM SABRI
SEKUMPULAN penyokong BN hari
ini berhimpun di perkarangan bangunan ibu pejabat Umno dan 'mengugut' tidak
akan memberi sokongan kepada parti itu sekiranya calon pilihan mereka tidak
terpilih bertanding dalam pilihan raya umum 5 Mei.
Kira-kira 30 penyokong BN
dari DUN Kelana Jaya itu membantah pencalonan ahli jawatankuasa bahagian Tengku
Riduan Tengku Mansor – adik kepada Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku
Adnan Tengku Mansor sebagai calon.
Kumpulan berkenaan mengambil
kesempatan untuk mengadakan perhimpunan tersebut ketika presiden parti Datuk
Seri Najib Razak menyertai majlis menyerahkan watikah calon BN kepada pemimpin
BN negeri di tingkat 8 bangunan tersebut.
Penyerahan watikah tersebut
bermakna BN telahpun memuktamadkan senarai calon masing-masing dan kini perlu
mempersiap jentera mereka.
Kumpulan berkenaan
bagaimanapun berpandangan sebaliknya dan mahu DUN Seri Setia ditandingi
pemimpin pilihan mereka – Datuk Halim Abdul Samad atau pembantunya Datuk Yahya
Bujang.
Menurut mereka, dua individu
berkenaan "sering turun padang dan mempunyai jasa" kepada penduduk di
situ.
"Selama lima tahun kita
kecewa, nak pakai baju Umno dan BN pun malu. Tapi Datuk Halim dan Datuk Yahya
buat rasa kami nak pakai. Kami sama-sama mengumpul kekuatan, tiba-tiba orang
lain ambil alih.
"Kami tak kenal dia.
Penduduk tak kenal. Dia tak pernah
datang, tak pernah turun padang... Tak ada jasa," dakwa wakil kumpulan
tersebut Norhaizal Ismail.
Mereka yang berhimpun di
luar bangunan ini, juga membawa poster mendesak supaya calon pilihan mereka
dilantik bertanding, dan menolak calon bukan pilihan mereka.
"Kami tak mahu keluar
mengundi. Kami juga tak mahu masuk PKR," kata mereka pada perhimpunan
tersebut.
Salah seorang peserta
perhimpunan tersebut turut memberitahu Malaysiakini bahawa Tengku Riduan telah
mengadakan pertemuan dengan ketua pusat mengundi di DUN tersebut malam tadi dan
mengisytiharkan dirinya sebagai calon di DUN tersebut.
Mereka mendakwa pertemuan
itu, yang diadakan di Kelab Golf Subang itu, telah mendahului keputusan Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak yang akan membuat pengisytiharan calon BN hari
ini.
"BN dan Umno boleh
menang besar (di DUN itu) kalau betul calonnya," kata Abu Hanipah Zahari.
Mereka juga melaungkan
bantahan bahawa mereka "bukan membantah BN tetapi membantah calon
itu".
"Kami sayang Umno, kami
sayang BN," kata salah seorang peserta.
DUN Seri Setia mempunyai 16
pusat daerah mengundi. (MKINI)
No comments:
Post a Comment