WAWANCARA....Hj
Sallehuddin sedang diwawancara mengenai sistem undian berkomputer.
Oleh: SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SANDAKAN : Pengerusi
Persatuan Kontraktor Kelas F Sandakan, Haji Sallehudin Hj Anoi menasihatkan 263
kontraktor yang tidak berjaya mendapatkan projek PIA-PIAS dalam cabutan undian
berkomputer baru-baru ini di Dewan Masyarakat Sandakan yang disempurnakan oleh
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong agar bersabar
dan terus berusaha.
“Sebanyak 263 kontraktor
Kelas F yang berdaftar dengan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) dan Jabatan
Pembangunan Negeri Sabah (JPNS) yang
telah mengikuti Cabutan Undian Berkomputer
untuk mendapatkan 70 buah projek. Mereka yang gagal mendapatkan projek
tersebut haruslah menerima hakikat dengan sistem yang diguna pakai oleh pihak
kerajaan dan kita kena akur apa saja kerajaan buat yang terbaik untuk semua
kontraktor Kelas F,” Ujarnya.
Hj Sallehuddin berkata
demikian setelah adanya rungutan segelintir kontraktor yang rasa tidak puas
hati dengan sistem yang digunakan pakai sekarang lagipun tiada sesiapa daripada
mereka yang membantah dan ini adalah
atas persetujuan semua kontraktor berkenaan.
"Saya ingin tekankan di
sini, sekiranya Barisan Nasional (BN) diberi mandat semula untuk menerajui
kerajaan di negara ini selepas PRU 13 nanti. Saya bagi pihak Persatuan
Kontraktor Kelas F Sandakan menyarankan sistem undian berkomputer yang sekarang
diguna pakai ini haruslah ditukar dengan sistem menggunakan bola ping pong,"
kata Haji Salehudin kerana kaedah konvesional bukan saja telus digunakan; bahkan memberikan kepuasan hati para kontraktor
berkenaan.
Tambahnya, walaupun mungkin
ada yang tidak berjaya mendapatkan sebarang projek, namun mereka berpuas hati
dengan cara begitu dan sekali gus
disambut baik oleh semua pihak yang berkenaan.
ALBUM....Hj
Sallehudin bersama ahli-ahli PKKFS.
Selain itu juga kata Hj
Sallehuddin, daripada 263 kontraktor kelas F dan projek yang ditawarkan hanya
70 turut memberi impak yang kurang disenangi oleh para kontraktor kerana mereka
mengharapkan agar jumlah projek ditambah sehingga 200 bagi memberikan peluang
kepada kontraktor secara saksama.
Dalam perkembangan berkaitan,
daripada 263 kontraktor di daerah ini hanya 50 kontraktor Kelas F saja yang
sudah menjadi ahli PKKFS; selebihnya 213
masih belum menjadi ahli.
Katanya, bagi mana-mana
kontraktor yang berminat untuk menjadi ahli PKKFS amat dialu-alukan mereka boleh datang ke pejabat Persatuan itu
di Kompleks MARA, Tingkat 4, Lot 402A dan yuran masuk ahli ialah RM50.00 dan yuran bulanan RM10.00 mereka boleh berhubung terus
kepada Setiausaha Kerja PKKFS H/P
019-8040022- Yusly.
No comments:
Post a Comment