BERJUANG......Mampukah Tia Chua mengangkat senjata dan berada di barisan hadapan kerana menuduh Insiden Tanduo sebagai Sandiwara?
Naib presiden PKR Tian Chua
diusir keluar dari Sabah selepas ditahan oleh pegawai imigresen Lapangan
Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu.
Dalam tulisannya di Twitter,
Tian berkata beliau ditahan selepas mendarat sekitar jam 11.05 pagi di lapangan
terbang itu, kelmarin.
"Saya diberitahu bahawa
kerajaan Sabah mengeluarkan perintah menghalang kemasukan saya,” kata
penyandang kerusi parlimen Batu itu.
Perkembangan itu berlaku
selepas seorang ADUN Lahad Datu Nasrun Mansur menggesa agar Tian disenaraihitam
daripada memasuki Sabah.
Nasrun, seorang Pembantu
Menteri di Jabatan Ketua Menteri berkata ia bagi menghalang Tian daripada
menyebarkan “budaya yang tidak boleh diterima” di Sabah.
No comments:
Post a Comment