Sunday, 14 April 2013

FAHAMI INTIPATI AKU JANJI BN






LAUNG....Jalinan Rakyat (JR) PDM Kebulu bersama Azizah sambil melaungkan 1 Malaysia, Sokong Najib, Undi BN yang akan menjadi pembakar semangat mengahdapi PRU-13.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT : Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Azizah mengingatkan jentera pilihanraya agar memahami intipati Manifesto BN bagi memberi kefahaman kepada pengundi mengenai Aku Janji BN dalam pilhanraya ke-13 (PRU) ini.

Beliau berkata penduduk perlu diberitahu tentang kebaikan kerjaan BN yang membawa pembangunan dan pelbagai bantuan untuk rakyat.

“Fahami intipati Manifesto BN dan sampaikan kepada rakyat. Beritahu penduduk bahawa kita perlu pertahankan BN kerana kita mahu pembangunan. Pembangunan di negeri ini jauh berubah sejak BN memerintah. Apa yang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah buat selama empat tahun ini perlu kita pertahankan kerana ianya terbukti memberi kebaikan kepada semua pihak,” katanya

Azizah berkata demikian pada program Lawatan ke Peti Undi bersama Jalinan Rakyat (JR) Pusat Daerah Mengundi (PDM) Kebulu dan Limbawang, N. 25 Klias P. 177 Beaufort

PDM Kebulu mempunyai 26 anggota JR yang berperanan sebagai perayu undi manakala bagi PDM Limbawang 84 anggota.

Hadir, AJK Umno Bahagian Beaufort, Sadi Nasah, Ketua Daerah Dun Klias, Wong Samie, Pengerusi Kelab Pro BN Beaufort, Osin Jilun, Ketua Daerah Mengundi (KDM) Kebulu, Dulakim Padi, KDM Limbawang A, Junsin Basrindan mantan Naib Ketua Cabang PKR Beaufort.

Azizah yang juga Ketua Wanita Umno Beaofort turut menasihati anggota JR agar bersatu hati dan menyelesaikan sebarang masalah dengan baik.

“Sentiasalah kita bersatu hati dengan semangat kasih sayang. Hindarkanlah perasaan kecil hati dalam keadaan sekarang, anggap segalanya sebagai cabaran. Yang kita utamakan ialah parti kerana perjuangan ini adalah untuk masa depan anak cucu kita,” katanya.

Beliau juga mahau segala masalah dihadapi penduduk diaklumkan kepada pemimpin agar kita dapat diambail tindakan untuk menyelesaikan masalah mereka.

“Sebagai pemimpin yang mendukung perjuangan BN kita mahu bersikap adil kepada semua rakyat justeru itu beritahu sebarang masalah dihadapi rakyat,” katanya.

No comments:

Post a Comment