Sunday, 14 April 2013

NASIB MANGSA 'MINUM AIR MAYAT' TERBELA






SAMAN.....Taklimat oleh Presiden Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI'S) Dato Dr Mohd Jeffry Rosman bersama lebih 500 Penduduk  Flat Sri Titingan Tawau berkaitan tuntutan saman dan menjelaskan hak-hak mereka sebagai rakyat.

TAWAU: Mahkamah Tinggi di sini kelmarin menetapkan tarikh perbicaraan kes tuntutan saman RM100 juta yang difailkan oleh 337 penghuni flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Titingan gara-gara ‘terminum air mayat’ pada 25 November tahun ini.

Menurut Syed Kamalrul Sufian Ketua Penerangan Pertubuhan Pribumi Rakyat Sabah (PRIBUMI'S) Penolong Pendaftar Kanan Mahkamah Tinggi, Mohd Harith Mohd Mazlan membuat keputusan itu melalui sidang video di kamar hakim yang dihadiri peguam kedua-dua belah pihak mewakili plaintif dan defendan.

Tarikh perbicaraan terbabit akan diadakan selama empat hari dari 25 November hingga 29 November sementara pertukaran dokumen antara semua pihak terlibat (exchange of bundle by all parties) ditetapkan pada 11 Jun 2013 katanya.

Terdahulu, penghuni flat PPR Taman Sri Titingan memfailkan tuntutan saman itu di Mahkamah Tawau pada 20 September tahun lepas menerusi wakil peguam mereka, Chong Kian Ming (Tan Chong & Associates).

Berdasarkan writ saman, Presiden Majlis Perbandaran Tawau (MPT) dinamakan sebagai defendan pertama, manakala defendan kedua pula ialah Jurunilai dan Perunding Hartanah Sabah (JPHS).

MPT diwakili oleh Dayangku Fazidah dari Jabatan Peguam Negeri, manakala Nurul Hidaya Abdullah dari Tetuan Liew Hon Ming & Co pula mewakili pihak JPHS.

Seramai kira-kira 30 plaintif hadir seawal jam 8.30 pagi di perkarangan Mahkamah Tawau untuk menghadiri prosiding berkenaandan wakil mereka, Amiruddin Rasake Pengerusi PRIBUMI'S Daerah Tawau menegaskan mereka tidak akan berganjak walau seinci daripada membuat tuntutan terbabit.

“Walaupun ada pihak yang cuba meminta kami supaya menarik balik tuntutan saman ini, kami tidak akan berganjak walau seinci pun,” katanya ketika ditemui di perkarangan mahkamah.

Dalam kes ini, pihak plaintif menuntut kedua-dua defendan supaya menukar paip yang menghubungkan tangki air yang terjejas dan menggantikan kesemua tangki lama dengan tangki baharu yang dilengkapi kawalan keselamatan. (Media PRIBUMI'S)

No comments:

Post a Comment