Sunday 7 April 2013

HANYA HILANG AKAL SAHAJA SOKONG PAKATAN RAKYAT








ALBUM......Alsa (empat kiri) bergambar bersama-sama ahli Komulakan UPKO/BN Kuamut bagi menyokong penuh kerajaan BN pada PRU 13 nanti.

Oleh: SHAIMON S JUMADI                   Foto : SAFFIE S JUMADI

KUAMUT : Komulakan UPKO/BN Kinabatangan yang mewakili lebih 30 persatuan-persatuan Belia dalm pelbagai kategori di kawasan Kuamut  menyatakan pendirian mereka sejiwa dan sehati menyokong dengan sebulat suara dan tidak berbelah bagi terhadap kepimpinan Masiung Banah untuk meneruskan perjuangannya untuk membela nasib rakyat di kawasan Kuamut.

Sejak Masiung dipilih rakyat pada PRU 12 sehingga menjadi wakil rakyat di kawasan Kuamut walaupun baru satu penggal tetapi telah banyak membawa perubahan besar selaras dengan arus perdana pembangunan negara di setiap ceruk pelusuk di kawasan Kuamut dalam tempoh 5 tahun sahaja.

Ikrar sumpah taat setia ini untuk menyokong Masiung agar dipliih  semula calon pada PRU 13 ini dilafazkan oleh Alsa Sunsing Ketua Komulakan UPKO Kinabatangan merangkap Pengerusi Komulakan BN Kuamut di hadapan 36 orang ahli-ahli Komulakan diadakan di sebuah Hotel terkemuka di Pekan Telupid, dekat sini, kelmarin.

Kata Alsa  lagi,  kepimpinan Masiung di kawasan Kuamut bagi mewakili kerajaan Barisan Nasional (BN) bukan saja menumpukan dalam aspek pembangunan infrastruktur di luar bandar untuk terus dimajukan bahkan dalam aspek ekomoni penduduk setempat juga berkembang baik di samping mengambil berat dalam bidang pembelajaran.

“Selain itu kebajikan masyarakat juga terus terpelihara dan pelbagai bantuan telah disalurkan seperti bantuan pemberian Laptop dan lain-lain lagi,” jelasnya.

Alsa menjelaskan  sebagai Wakil Rakyat yang mempunyai kuasa-kuasa tertentu Masiung tidak pernah menyokong  untuk memberikan sebarang kelulusan mana-mana syarikat luar yang memohon tanah di kawasan Kuamut.

Tambahnya lagi, nasib rakyat semakin terbela dengan tertubuhnya Agropolitan daerah Tongod yang mempunyai keahlian seramai 1,022 peserta dan membabitkan keluasan tanah 3,577 hektar sudahpun memulakan tanaman sawit.

"Maka dengan ini, kami mewakili para pengundi Kuamut masih memerlukan khidmat Masiung untuk menerajui kepimpinan di kawasan ini sebagai Wakil Rakyat yang dinamik dan berjiwa rakyat; bagi meneruskan misi dan visi serta agenda kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam mempertingkatkan prasarana dan ekonomi luar bandar selaras dengan slogan yang sering diwar-warkan, rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan," kata Alsa lagi.

 Alsa turut menepis dakwaan parti pembangkang kononnya BN di Kuamut tidak mendapatkan sokongan rakyat, terutama sekali daripada suku kaum Sungai, Dusun dan Kadazan itu adalah satu pembohongan besar.

"Yang sebenarnya tiada sokongan ialah parti Pakatan Rakyat walaupun para pemimpinnya masuk kampung keluar kampung menjual air liur di sana sini, tetapi tidak mendapat respon kerana rakyat di kawasan luar bandar sudah jelak dan bosan dengan janji-janji manis mereka yang belum  ada kepastiannya," ujar Alsa yang mengakui hanya mereka yang hilang ingatan sahaja yang akan menyokong Pakatan Rakyat ketika negara berada di tengah kemakmuran.

“Saya bagi pihak ahli Komulakan Kuamut yang mewakili para belia daripada suku kaum Sungai, Kadazan dan Dusun menyatakan dengan hati yang ikhlas akan setia memberikan sokongan padu yang tidak berbelah bagi kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) di peringkat Persekutuan iaitu Dato Seri Mohd Najib Tun Abd Razak dan pucuk pimpinan negeri  Datuk Seri Musa Hj Aman,” ujarnya dengan penuh semangat.

No comments:

Post a Comment