Saudara
Pengarang,
DENGAN
penyingkiran beberapa tokoh politik PKR Sabah untuk dicalonkan seperti Ansari
Abdullah dan rakannya, maka harapan PR Sabah untuk menyumbang
sekurang-kurangnya 10 kerusi parlimen semakin pudar.
Persoalannya,
adakah situasi ini boleh mengganggu gugat Putrajaya dari cengkaman BN? Untuk
menawan Sabah tidak usahlah difikirkan lagi kerana harapan PR sudah boleh
diramal akan kecundang sebelum pertarungan bermula.
Adakah
calon-calon yang diketengahkan oleh ketua-ketua cabang yang tidak terpilih ini
akan duduk berdiam diri? Banyak opsyen yang boleh dibuat. Antaranya bertanding
melalui parti pembangkang tempatan seperti SAPP dan STAR atau sekurang-kurangnya
BEBAS.
Sekiranya
ini berlaku, maka wujudlah pertandingan 3 penjuru yang akhirnya membawa
keuntungan kepada BN. Persoalan di sini ke mana perginya ketokohan dan
kehebatan Anwar Ibrahim dalam soal memilih calon?
Kenapa
Anwar tidak bawa ketua-ketua cabang ini berbincang bagi menyelesaikan kemelut
ini? Apakah penyokong PKR di Sabah percaya 1005 % dengan kepimpinan Tamrin?
Mengikut
sumber yang boleh dipercayai, kebanyakan calon PKR Sabah adalah proksi atau
orang Tamrin. Sekiranya ini benar, maka ia satu kerugian yang tidak ternilai
kepada PKR Sabah yang sememangnya mempunyai harapan dan peluang untuk menang
tapi malangnya harapan dan peluang itu dimusnahkan dan dihancurkan. Apa pun
keadaannya, mari kita sama-sama lihat keputusannya pada 5 mei nanti.
Salam
Hormat,
PENGUNDI
ATAS PAGAR
No comments:
Post a Comment