KUALA LUMPUR : Berikut
intipati Manifesto Barisan Nasional (BN) yang dilancarkan Perdana Menteri dan
Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak di Stadium Putra Bukit Jalil di sini,
malam sabtu.
Manifesto bertemakan
'Menepati Janji Membawa Harapan' itu, mengandungi janji BN untuk membawa negara
ke peringkat lebih tinggi sekiranya diberikan mandate baharu dalam pilihan raya
umum ke-13 nanti:
1. Menangani Kos Sara Hidup:
* Menambah BR1M sehingga
RM1,200 untuk isi rumah dan RM600 untuk bujang dengan bantuan secara tahunan
dikekalkan
* Mempertingkatkan Baucar
Buku 1Malaysia kepada RM300 dan Bantuan Persekolahan kepada RM150
* Menyemak semula Dasar
Automotif Nasional bagi mengurangkan harga kereta secara berperingkat antara 20
hingga 30 peratus serta meningkatkan daya saing kereta nasional
* Menambah bilangan Kedai
Rakyat 1Malaysia
* Memperkenalkan produk
1Malaysia di stesen minyak dan pasar raya besar
* Membuka Klinik 1Malaysia
di dalam kawasan komuniti padat penduduk
* Menyediakan lebih banyak
Pusat Jagaan Harian 1Malaysia untuk ibubapa bekerja
* Menurunkan yuran jalur
lebar sekurang-kurangnya 20 peratus dengan jaminan bandwidth internet
* Melaksanakan dasar 1Negara
1Harga bagi barangan keperluan asas
* Memperkenalkan lebih
banyak produk 1Malaysia yang digerakkan oleh GLC dan sektor swasta
2. Meningkatkan Kehidupan
Warga Bandar
* Menstruktur semula
kerajaan termasuk mewujudkan kementerian baharu seiring dengan anjakan corak
demografi bandar di negara ini dan menangani cabaran social dan ekonomi bandar
* Menambah perwakilan
pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat awam dalam kerajaan tempatan
* Memulihkan semula rumah
kos rendah dan flat di bandar-bandar
* Mengambil alih
penyelenggaraan prasarana perumahan awam
* Menyediakan perumahan awam
berkualiti khusus untuk generasi muda yang mencari kerja
* Membina kemudahan dan
kawasan rekreasi bagi meningkatkan kualiti hidup di bandar
* Memastikan kemudahan
pendidikan, latihan dan perkhidmatan kesihatan
* Menambah baik rangkaian
pengangkutan antara bandar dan penempatan
* Membuka lebih banyak
Anjung Singgah (pusat perlindungan sementara untuk golongan gelandangan) di
kawasan yang diperlukan
3. Menyediakan Rumah Mampu
Milik
* Membina 1,000,000 buah
rumah mampu milik - digerakkan oleh sektor awam dan swasta - termasuk 500,000
buah rumah PR1MA
* Memastikan harga rumah
PR1MA sekurang-kurangnya 20 peratus di bawah harga pasaran
* Memperkenalkan skim sewa
dan milik untuk projek perumahan kerajaan
* Memulihkan semula projek
perumahan terbengkalai untuk melindungi pembeli rumah
* Mengambil alih penyelenggaraan
semua Projek Perumahan Awam
* Membantu pemilik rumah
berpendapatan rendah dan miskin untuk memperbaiki rumah mereka
* Menggantikan kawasan
setinggan dengan kawasan perumahan tetap yang selesa
* Memperbaiki perumahan
estet dan menyediakan rumah untuk bekas pekerja estet melalui perkongsian
kerajaan-estet
* Memansuhkan yuran setem
untuk pembelian rumah pertama berharga di bawah RM400,000
4. Peluang Mendapat
Perkhidmatan Kesihatan Berkualiti
* Membangunkan sistem
nasional yang akan menyediakan akses penjagaan kesihatan yang berkualiti kepada
semua rakyat
* Menubuhkan Pusat Kanser
dan Pusat Jantung di hospital-hospital utama di setiap zon - Utara, Selatan,
Timur di Semenanjung, Sabah dan Sarawak
* Mewujudkan kemudahan awam
untuk rawatan dialisis buah pinggang di setiap kawasan penduduk berkepadatan
tinggi
* Melaksanakan sistem kad
prihatin kepada rakyat Malaysia yang memerlukan bagi membolehkan mereka
mendapat diskaun harga untuk ubat-ubatan tertentu
* Memperkenalkan sistem
sokongan kepada rumah penjagaan untuk golongan warga tua dan mereka yang
menghidap sakit kronik
5. Ke Arah Kecekapan
Terhebat Pengangkutan Awam
* Mengembangkan perkhidmatan
sistem bas Rapid ke setiap ibu negeri yang lengkap dengan kemudahan untuk
golongan berumur dan kurang upaya
* Terus memperluaskan sistem
rel, MRT, LRT dan komuter
* Membina terminal bas, rel,
dan teksi bersepadu di semua pekan dan bandar
* Menyusun semula laluan bas
untuk memastikan perkhidmatan yang lebih cekap dan memudahkan rakyat
* Meningkatkan jumlah permit
teksi individu
* Melaksanakan rangkaian rel
berkelajuan tinggi dan memperluaskan sistem landasan kereta api berkembar
6. Pembangunan Infrastruktur
Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar
* Memperbanyakkan lorong dan
susur keluar Lebuh Raya Utara-Selatan
* Membina 2,300km Lebuh Raya
Pan Borneo bermula dari Semantan di Sarawak hingga ke Serudong di Sabah
* Menyambung Lebuh Raya
Pantai Timur dari Kuala Krai-Kota Baharu dan Gambang-Segamat
* Membina Lebuh Raya Pantai
Barat baharu dari Banting-Taiping
* Mengurangkan bayaran tol
antara bandar secara berperingkat
* Melaksanakan konsep
Kampung Abad ke-21 bagi melonjak transformasi luar bandar dan membawa komuniti
berkenaan ke dalam pembangunan arus perdana
* Membina 6,300km lagi jalan
raya berturap di Semenanjung Malaysia, 2,500km di Sabah dan 2,800km di Sarawak
yang memberi faedah kepada kira-kira 3.3 juta penduduk
* Menyelesaikan masalah
bekalan air terawat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Kelantan
* Memperluaskan bekalan air
bersih untuk 320,000 rumah lagi di seluruh negara
* Mempertingkatkan bekalan
tenaga elektrik kepada 6,000 rumah lagi di Semenanjung, 60,000 rumah di Sabah
dan 80,000 rumah di Sarawak
* Menggalakkan pembekal
perkhidmatan telekomunikasi untuk memastikan kualiti perkhidmatan telefon
bergerak dan liputan memuaskan di seluruh negara
7. Membina Ekonomi Mapan,
Dinamik dan Inovatif
* Menarik pelaburan bernilai
RM1.3 trilion dan mencipta 3.3 juta peluang kerja baharu dengan 2 juta
daripadanya dalam sektor berpendapatan tinggi
* Mencapai pendapatan per
kapita AS$15,000 (RM45,000) menjelang 2020
* Menyediakan insentif khas
untuk perniagaan inovatif dan kreatif bagi menjana lebih banyak pekerjaan dan
kejayaan
* Melaksanakan dasar yang
adil dan saksama kepada semua kaum di Malaysia termasuk dasar menyokong
pertumbuhan, penglibatan besar-besaran sektor swasta dan pembangunan pasaran
modal
* Mempertingkatkan agenda
Bumiputera termasuk Bumiputera di Sabah dan Sarawak menerusi penyediaan
peluang-peluang perniagaan, ekosistem yang kukuh (misalnya kemudahan pinjaman
dan latihan) dan sokongan institusi
* Bekerjasama dengan
kerajaan-kerajaan negeri bagi menyediakan lebih banyak tanah dan meningkatkan
produktiviti tanah sedia ada untuk meningkatkan pengeluaran makanan dan
ternakan
* Membuat pembaharuan dalam
struktur cukai sedia ada ke arah sistem percukaian yang lebih terbuka serta
mengurangkan cukai individu dan korporat secara berperingkat
* Meneruskan bayaran tunai
khas dan pemberian dana untuk perbelanjaan operasi dan pembangunan sehingga
melebihi 20 peratus daripada perolehan minyak dan gas kepada Sabah, Sarawak,
Terengganu, Kelantan dan Pahang
* Melaksanakan pelan
transformasi SME dan melahirkan Syarikat Dagangan Negara untuk meneroka pasaran
antarabangsa bagi produk SME
* Melahirkan lebih banyak
juara di peringkat serantau dan global dalam kalangan masyarakat Malaysia
* Memastikan GLC terus
membantu pembangunan usahawan melalui pemindahan pegangan bukan strategik GLC
dan memperhebatkan program penyumberan luar kepada syarikat Bumiputera
* Menyediakan dana saham
amanah RM500 juta untuk meningkatkan pegangan ekuiti komuniti India kepada
sekurang-kurangnya 3 peratus
* Menubuhkan sebuah Unit
Khas bagi memastikan kejayaan pelaksanaan dasar untuk mempertingkatkan
kehidupan masyarakat India
* Meningkatkan akses kredit
mikro untuk semua rakyat Malaysia, termasuk RM100 juta diperuntukkan kepada
penjaja dan peniaga kecil
8. Membina Kecemerlangan
Pendidikan Negara:
* Membawa Malaysia ke tahap
'kategori tiga teratas' dalam sistem pendidikan terbaik dunia dengan
memperbaiki kualiti sekolah kebangsaan
* Memperbaiki penguasaan
Bahasa Malaysia dan Inggeris dalam kalangan pelajar dari tahap prasekolah, dan
menjadikan bahasa Inggeris sebagai mata pelajaran wajib lulus di peringkat SPM
di semua sekolah
* Memperbaiki akses untuk
pendidikan berkualiti bagi komuniti kecil dan kawasan luar bandar terutama
Sabah dan Sarawak
* Menyediakan lebih banyak
biasiswa berdasarkan merit dengan peruntukan khas kepada komuniti yang kurang
bernasib baik
* Meneruskan peruntukan khas
kepada semua jenis sekolah termasuk Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis
Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Agama Bantuan
Kerajaan, Maktab Rendah Sains MARA, Sekolah Berasrama Penuh dan sekolah
mubaligh
* Mengembangkan persekolahan
satu sesi
* Merombak institut-institut
perguruan dan menaikkan syarat pengambilan guru pelatih
* Memperkenalkan sistem
pembelajaran dan pengajaran yang mudah bagi Bahasa Malaysia di sekolah Cina dan
Tamil
* Membina lebih banyak
sekolah, meliputi semua jenis sekolah, di kawasan yang mempunyai permintaan
tinggi
* Mempertingkatkan prestasi
mata pelajaran Matematik dan Sains, dan membentuk kemahiran berfikir yang
tinggi dalam kalangan pelajar
* Menyediakan insentif
kewangan sebanyak RM100,000 setahun kepada sekolah yang menawarkan kelas
pendidikan khas
* Menukar status Sekolah
Jenis Kebangsaan Tamil kepada sekolah bantuan penuh kerajaan jika sekolah
berkenaan ingin berbuat demikian
* Berikirar menyediakan
makmal ICT di sekolah-sekolah yang memerlukannya
* Mentransformasikan sekolah
vokasional menjadi kolej dan menambah kemasukan pelajar sebanyak 20 peratus
* Memperluaskan pendidikan
prasekolah meliputi semua jenis sekolah
* Menyediakan laluan kerjaya
baharu bagi membolehkan 420,000 guru dinaikkan pangkat segera berdasarkan
prestasi
* Menyediakan jalur lebar
WiFi secara percuma dan terjamin di semua kampus institusi pengajian tinggi
awam
* Memperkenalkan skim
pemilikan komputer riba di sekolah-sekolah bersama dengan kemudahan Internet
9. Meningkatkan Keselamatan
Dan Ketenteraman Awam:
* Meningkatkan jumlah tenaga
kerja PDRM, dengan tambahan 4,000 anggota polis pada setiap tahun
* Memasang lampu di
jalan-jalan, lorong-lorong dan laluan bagi mengurangkan lagi jenayah jalanan
* Mengukuhkan Unit Rondaan
Bermotosikal PDRM dengan menambah 5,000 buah kenderaan tambahan
* Menambah baik kebajikan,
profesionalisme dan keupayaan Polis, Angkatan Tentera Malaysia dan Agensi
Penguatkuasaan Maritim Malaysia
* Meningkatkan keupayaan
keseluruhan Angkatan Tentera Malaysia untuk menangani apa jua bentuk
pencerobohan dan ancaman luar
* Mempertahankan dan
memperkuatkan Suruhanjaya Polis
* Menggunakan sistem 6P
untuk mengekang pendatang asing tanpa izin
* Mewujudkan Program SafeCam
untuk menghubungkan sistem CCTV swasta dengan awam
* Mengembangkan secara
meluas penggunaan CCTV untuk memantau kawasan-kawasan laluan awam yang sibuk
seperti kawasan letak kereta, kawasan riadah, pasar malam dan sekolah
* Memperkenalkan inisiatif
keselamatan di kawasan skim perumahan awam
* Pengambilan tambahan
50,000 anggota Pasukan Sukarelawan Simpanan Polis untuk membantu PDRM membuat
rondaan dan menjadikan kawasan persekitaran lebih selamat
10. Memperkasa Penyertaan
Wanita
* Menambah jumlah wanita
yang terlibat dalam proses membuat keputusan nasional
* Menggalakkan kesamaan gender untuk
memaksimumkan potensi rakyat Malaysia dalam semua bidang, tanpa mengira jantina
* Menyediakan lebih banyak
peluang bisnes dan ruang bagi menambah pendapatan untuk wanita supaya mereka
lebih berkeupayaan untuk berdikari
* Mewujudkan lebih banyak
insentif untuk inisiatif bekerja dari rumah, dengan penekanan yang lebih besar
kepada golongan ibu tunggal
* Membuka pusat-pusat Asuhan
1Malaysia di semua pejabat Kerajaan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) serta
menggalakkan sektor swasta untuk melakukan perkara yang sama
* Mengetatkan undang-undang
untuk mencegah kejadian penderaan dan gangguan seksual di rumah dan di tempat
kerja
11. Memenuhi Aspirasi Belia:
* Memperuntukkan tabung
latihan dan insentif kepada belia yang mahu melakukan usaha niaga komersial
* Menyediakan ruang
komersial di dalam pusat membeli belah selama sehari pada setiap bulan untuk
golongan belia mempamerkan dan memasarkan produk kreatif dan perkhidmatan
mereka
* Mewujudkan inkubator bagi
memupuk kualiti kepimpinan dan kreativiti
* Melahirkan belia yang
lebih berdaya tahan menerusi aktiviti kesukarelawan dalam 1M4U
* Mewujudkan lebih banyak
lokasi WIFI percuma dengan penekanan kepada kawasan luar bandar dan separa
bandar
* Melahirkan lebih ramai
atlet berprestasi tinggi di peringkat serantau dan antarabangsa serta
mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat
* Mengkaji semula
undang-undang berkaitan hiburan untuk promosi seni persembahan dan kebudayaan
12. Merancang Jaringan
Keselamatan Sosial:
* Memperhalusi dan menambah
baik jaringan bantuan keselamatan menerusi sistem pangkalan data yang bersepadu
* Menyediakan bantuan
kewangan dan peluang pendidikan untuk golongan berpendapatan rendah tanpa
mengira kaum
* Mengubah Brickfields di
Kuala Lumpur menjadi zon mesra golongan orang buta supaya kawasan itu menjadi
zon contoh yang bakal mendorong lebih banyak tempat seumpama itu disediakan
bagi memenuhi keperluan golongan kurang upaya di tempat-tempat lain
* Mewujudkan mahkamah khas
yang mempunyai status yang sama dengan Mahkamah Tinggi di bawah sistem
kehakiman sedia ada, yang mana hakim-hakim akan dibantu oleh
penasihat-penasihat yang dipilih dalam kalangan ketua komuniti untuk
menyelesaikan isu-isu tanah pribumi
* Mewartakan semua tanah
adat menerusi perundingan bersama kerajaan-kerajaan negeri
* Menyediakan lebih banyak
peluang untuk menjana pendapatan dalam kalangan komuniti pribumi dan
meningkatkan bilangan pengambilan pribumi ke dalam pendidikan vokasional, kolej
dan universiti
* Menyediakan tabung untuk
pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan berdaftar dan gerakan masyarakat
sivil
13. Mempromosikan Agama
Islam, Kebebasan dan Keharmonian Agama:
* Mendukung Islam sebagai
agama Persekutuan serta mempromosikan syiar dan syariat Islam mengikut prinisp
Maqasid Syariah
* Memastikan agama-agama
lain diamalkan dalam suasana aman dan harmoni
* Isu-isu berkaitan dengan
golongan bukan Islam diletakkan di bawah bidang kuasa seorang Menteri di
Jabatan Perdana Menteri
* Mempromosikan prinsip
kesederhanaan (wasatiyyah) dalam semua pendekatan
* Meningkatkan inisiatif
dalam menyatukan ummah
* Menjana pendapatan
daripada pembangunan tanah wakaf dengan kerjasama Pihak Berkuasa Agama
Negeri-negeri
* Menaikkan pengecualian
cukai untuk sumbangan ke atas pembinaan, membesarkan dan memulihara rumah-rumah
ibadat
* Meneruskan peruntukan
tanah untuk pembinaan rumah ibadat
* Menyediakan lebih banyak
bantuan kewangan kepada institusi-institusi agama berdaftar dan rumah-rumah ibadat
* Mempromosikan kebajikan
imam, pegawai masjid dan guru Kafa dengan menyediakan gaji berasakaan
perkhidmatan dan kenaikan gaji
* Meningkatkan kualiti
Sekolah Agama Rakyat dan membenarkan para pelajarnya mendapat akses kepada
pendidikan berkualiti dan infrastruktur pendidikan kerajaan
* Menyediakan bantuan
kewangan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Pondok
14. Memerangi Gejala Rasuah:
* Meningkatkan ketelusan
dalam prosedur perolehan kerajaan dengan mendedahkan kontrak kepada awam
* Memberi kuasa kepada SPRM
menerusi penubuhan Suruhanjaya Perkhidmatan SPRM yang akan bertanggungjawab
terhadap perkhidmatan dan pengambilan kakitangan
* Menaik taraf kedudukan
Ketua Pesuruhjaya dan pegawai kanan SPRM ke satu peringkat yang lebih tinggi
* Memberikan penekanan yang
sama rata terhadap siasatan dan tindakan yang dilakukan ke atas pemberi dan
penerima rasuah
* Akses yang cepat kepada
Laporan Audit Prestai Ketua Audit Negara untuk tindakan segera
* Menubuhkan Mahkamah Sesyen
Khas Rasuah dan Mahkamah Tinggi tambahan untuk kes-kes rasuah
* Melaksanakan akujanji
integriti untuk ahli-ahli Parlimen dan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri
15. Memperkukuhkan
Perkhidmatan Awam, Menambah Baik Tadbir Urus
* Memperkenalkan Skim Gaji
Transformatif untuk penjawat awam, termasuk menyemak semula elaun dan
menyediakan pergerakan gaji khas sebanyak tiga peratus kepada mereka yang
mencapai gaji maksimum jika pada waktu tiada semakan gaji dilakukan
* Penambahbaikan skim
perkhidmatan awam dengan menyediakan lebih banyak peluang kenalkan pangkat dan
pembangunan bakat serta memastikan kualiti kehidupan penjawat awam terpelihara
* Melanjutkan tempoh kontrak
para pegawai dan menyerap kakitangan yang cekap ke dalam perkhidmatan tetap
* Memperluaskan Pusat
Transformasi Bandar ke semua bandar dan pekan utama
* 'Merakyatkan Perkhidmatan
Awam' bagi memastikan penyampaian perkhidmatan awam yang cemerlang
* Menggerakkan dan
memperkasa perkhidmatan awam, termasuk Pejabat-pejabat Daerah dan Kerajaan
Tempatan, bagi memenuhi permintaan dan keprihatinan rakyat
* Menambah baik kaunter
perkhidmatan menerusi pelantikan anggota-anggota barisan depan daripada
pelbagai kaum dan memperluaskan perkhidmatan online untuk urusan pembayaran dan
permohonan
* Memperkenalkan
program-program pengambilan pekerja untuk memastikan keseimbangan antara kaum
dalam perkhidmatan awam dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)
* Meningkatkan potensi,
kemampuan dan kapasiti semua penjawat awam tanpa mengira kaum dan jantina
* Memberikan perhatian yang
istimewa kepada orang kurang upaya untuk memanfaatkan potensi dan kemampuan
yang mereka miliki
16. Gerakan Kesederhanaan
Global:
* Berjuang untuk penubuhan
sebuah negara Palestin
* Menyokong usaha menjadikan
Asean sebuah komuniti ekonomi menjelang tahun 2015
* Berusaha memenangi Kerusi
Tidak Tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi memainkan
peranan utama dalam keamanan serantau dan keselamatan antarabangsa melalui
dasar kesederhanaan
* Meningkatkan hubungan
ekonomi dan kepentingan bilateral dengan Negara rakan dagang utama dan ekonomi
negara sedang membangun
* Membentuk Dasar Luar yang
menyokong kepentingan-kepentingan strategic politik, ekonomi dan keselamatan
kita
* Mengetuai usaha menentang
jenayah-jenayah rentas sempadan seperti penyeludupan manusia dan dadah
* Memperbanyakkan program
'outreach' kemanusiaan di wilayah-wilayah konflik seperti Gaza, Tebing Barat,
selatan Thailand, Mindanao dan di mana sahaja
17. Memulihara Sumber Semula
Jadi:
* Menawarkan insentif
kewangan kepada premis komersial dan persendirian yang melabur dalam
sumber-sumber teknologi hijau yang boleh diperbaharui seperti tenaga suria dan
biomas
* Memperuntukkan lebih
banyak ruang untuk kawasan hijau di bandar-bandar utama
* Memulihara sungai dan anak
sungai menerusi pertambahan peruntukan kewangan dan undang-undang yang lebih ketat,
selain memperhebatkan usaha itu melalui program khas UNDP dan Sungai Nadi
Kehidupan
* Menambah program
pendidikan untuk menyemai sikap mencintai alam sekitar
* Memulihara hutan dan
melaksanakan program penanaman semula hutan
* Menguatkuasa undang-undang
yang ketat dan dikemas kini untuk mencegah kegiatan penerokaan secara haram di
kawasan-kawasan strategik dan utama
* Menggunakan teknologi
hijau dan terbaharu dalam pengurusan sistem pepejal — Bernama
nama saya Redzuan Sarina Binti dari PULAU PINANG,
ReplyDeleteMALAYSIA. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu Rossa kerana membantu saya mendapatkan pinjaman. selama tiga bulan, saya telah mencari pinjaman untuk melunaskan hutang, setiap orang yang saya temui ditipu dan mengambil wang saya sehingga akhirnya saya melihat kisah Cik Masitah Ayob dan alamat laman web syarikat yang dikongsinya. Syarikat itu kemudian memberi saya pinjaman sebanyak RM470,000 yang saya mohon. syarikat juga dapat membantu anda. kerana syarikat itu juga telah menolong beberapa rakan saya yang lain. Sekiranya anda memerlukan bantuan kewangan, sila hubungi syarikat ROSSA FINANCE melalui e-mel: Rossastanleyloancompany@gmail.com
Whats-app Syarikat Mother Rossa: +1 (914) 529-5708.
Syarikat itu tidak tahu bahawa saya melakukan ini dengan menyebarkan niat baik syarikat kepada saya, tetapi saya merasakan saya harus membagikannya kepada anda semua untuk membebaskan diri daripada penipu, berhati-hati dengan peniru dan hubungi syarikat pinjaman yang betul. Di bawah ini adalah kata-kata semangat bagi mereka yang mencari pemberi pinjaman swasta yang jujur dan jujur.
"jika anda memerlukan pinjaman untuk membayar kredit dan hutang? Adakah anda memerlukan kewangan untuk menubuhkan perniagaan anda sendiri? Adakah anda memerlukan pinjaman untuk menjalankan projek besar? Adakah anda memerlukan pinjaman kuliah? Adakah anda memerlukan dana untuk pelbagai tujuan lain?" ? Inilah e-mel saya untuk sebarang pertanyaan mengenai ibu rossa,
e-mel saya: redzuansarinabinti2020@gmail.com
E-mel ibu rossa: Rossastanleyloancompany@gmail.com
nombor telefon bimbit +601616345654
Terima kasih kerana membaca dan selamat maju jaya
MUNGKIN ALLAH memuji nama saya Humaira Kiyoraka, saya berasal dari bandar Jayapura, Indonesia. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu semua dalam kumpulan ini yang mencari wang pinjaman agar sangat berhati-hati ,. beberapa bulan yang lalu, saya mengalami kekurangan kewangan dan bank enggan memberikan pinjaman kerana saya tidak mempunyai jaminan sehingga saya memutuskan untuk mencari pinjaman dari Man di Malaysia dan saya tertipu oleh orang-orang di Malaysia. Saya hampir kehilangan harapan sehingga seorang rakan saya yang telah menukar adik perempuan saya, Puan Mira Binti Muhhamed, yang merujuk saya kepada pemberi pinjaman yang sangat dipercayai dan tulen yang disebut Rossastanley, pemberi pinjaman swasta, ketika dia memberitahu saya tentang hal itu, saya bertanya kepadanya bagaimana mungkin? untuk mendapatkan pinjaman dari internet, tetapi dia ketawa dan memberitahu saya bahawa itu adalah pemikirannya pada awalnya tetapi dia memutuskan untuk menghubungi Puan Rossa stanley dan bahawa ketika pinjaman itu diluluskan, dia tidak mempercayainya sehingga ibu Rossa menjelaskan kepadanya bahawa PBB adakah yang menyokong mereka dari segi kewangan untuk membantu orang miskin dari ASIA jadi saya memutuskan untuk menghubungi penjagaan pelanggan syarikat pinjaman Rossa stanley ibu melalui e-mel dan dengan segera mereka menjawab bagaimana mereka dapat membantu jadi saya memberitahu mereka Puan Mira Binti Muhammed memberi saya hubungan syarikatnya dan saya telah mengisi borang dan lihatlah pinjaman saya telah diluluskan. Bahagian yang mengagumkan adalah kadar faedah rendah hanya 2% jadi saya terus memohon pinjaman sebanyak Rp750,000,000.00 dan lihatlah setelah melalui proses pengesahan, pinjaman saya Rp750,000,000.00 telah diluluskan dan mereka meminta butir-butir bank saya, saya segera menghantar butiran Akaun Bank Negara Indonesia (BNI) saya dan Lihatlah pinjaman saya telah dipindahkan ke AKAUN saya, saya tidak dapat TERIMA KASIH IBU ROSSA cukup dan saudari tersayang Mira Binti Muhammed Dan juga United Nation untuk skim Kredit yang indah ini, jadi nasihat saya untuk anda semua adalah jangan menghubungi semua pemberi pinjaman palsu ini tetapi hubungi pelanggan pelanggan syarikat pinjaman ibu rossa melalui e-mel untuk keperluan pinjaman yang cepat dan anda akan memberi keterangan seperti saya juga e-mel pelanggan pelanggan syarikat Rossa Rossastanleyloancompany@gmail.com, tetapi jika anda memerlukan pertolongan dalam memproses pinjaman anda, sila tulis saya di humairakiyoraka@gmail.com atau kakak tersayang di Mirabintimuhammed@gmail.com dan anda pasti akan menjadi seperti kami yang kini memberi keterangan kepada ibu rossas bantuan kewangan yang besar, Semoga ALLAH memberkati anda semua
ReplyDeleteI saw so many people talking about a young man called Mr Mark Toray and i kept wondering if he is really an expert trader like they say and not a scammer like the others, then i contacted him and i was shocked and amazed that with just $1000 i invested, Mr Mark helped me managed my account and after 7 days of trading, i made my first withdrawal of $12,900. I’m so happy sharing this testimony with you all, you can contact him via Telegram: @Mark4toray_fx, WhatsApp:+1 (301) 410‑5007, Email: Marktoray8@gmail.com
ReplyDelete