TIDUR......Mungkin
Jame masih tidur kerana gagal mengambil tindakan terhadap seorang guru di SMK
Balung, Arsad Alwi (berbaju merah) yang menggunakan kad pengenalan palsu dan masih mengajar
sehingga kini.
KOTA KINABALU: Jabatan
Pelajaran Negeri Sabah (JPNS) tidak akan berkompromi dengan mana-mana guru yang
melibatkan diri dengan dasar yang bercanggah dengan dasar kerajaan.
Pengarah Pelajaran, Jame
Alip, menegaskan kenyataan itu bukan suatu ugutan tetapi sebagai peringatan
kepada para pendidik untuk menyokong dasar-dasar kerajaan sedia ada.
Katanya, guru sebagai agen
kerajaan bertanggungjawab memastikan dasar-dasar kerajaan dipatuhi dan
dilaksanakan.
Tambahnya lagi, walaupun
guru dibenarkan terlibat dalam politik bagi gred-gred yang tertentu, namun guru
tidak sepatutnya dilihat lebih aktif berpolitik daripada aktif mengajar dan
mendidik murid.
“Guru adalah penjawat awam
dan sebagai penjawat awam kenalah menyokong dasar-dasar kerajaan sedia ada.
Jangan terlalu aktif dengan politik seperti berkempen atau menyokong suatu
dasar yang bercanggah dengan dasar kerajaan sedia ada.
"Saya tidak akan
berkompromi dengan guru-guru ini. Ini bukan ugutan tetapi peringatan kepada
mereka, saya sayangkan semua guru dan mereka mempunyai masa depan yang cerah
dan mungkin juga bakal menggantikan saya sebagai pengarah,” katanya.
Beliau berkata demikian
dalam sidang media sempena program jerayawara JPNS kelmarin di Sabah Trade
Centre, Likas.
Sambungnya lagi, jika
seorang guru meracuni fikiran murid-murid atau masyarakat secara amnya sehingga
mencetuskan sentimen perkauman maka senario itu mampu merosakkan integrasi
rakyat Malaysia.
Justeru beliau tidak mahu
dengan kewujudan segelintir guru yang terlalu taksub dalam politik kepartian
mencemarkan imej profesional seorang guru.
Nasihatnya agar para guru
sebagai golongan intelektual harus dapat membedakan antara kerajaan dan politik
kepartian.
“Penglibatan segelintir guru
yang sangat taksub dalam politik kepartian sehingga menjejaskan peranan, tugas
dan tanggungjawabnya sebagai guru haruslah dielakkan,” tegasnya.
Bagaimanapun Jame tetap
menghormati pilihan guru yang sudah meletak jawatan dan memilih untuk aktif
berpolitik.
“Ada juga guru yang sudah
meletak jawatan dan terlibat dengan aktiviti politik, kita tetap hormati
mereka. Itu adalah pilihan mereka cuma saya berharap mereka menyuarakan sesuatu
perkara mengikut saluran yang betul dan bukannya teriak-teriak dalam Facebook,”
ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Jame turut
memaklumkan sebagai pengarah baru beliau akan meneruskan program-program sedia
ada sama ada yang berkaitan dengan pengurusan ikhtisas mahupun berkaitan dengan
pengurusan pentadbiran.
“Pada saya program sedia ada
sudah memadai dan perlu dikekalkan. Walau bagaimanapun program-program ini
perlu dinilai, disemak dan ditransformasikan kepada pendekatan dan kaedah yang
lebih kreatif dan inovatif agar dapat memberikan impak yang tinggi,” katanya.
Ringkasnya Jame memberi
penekanan kepada para guru untuk menjadi lebih kreatif dalam mendidik anak
murid bagi memastikan prestasi akademik sentiasa dapat dipertingkatkan. (ST)
No comments:
Post a Comment