KUALA LUMPUR : Naib Ketua
Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim (kiri) membuat keputusan mengejutkan dengan
bertanding sebagai calon Bebas di kerusi Parlimen Kuala Kangsar.
Dalam perkembangan terbaru,
Kamilia telah meletakkan semua jawatan dalam Umno susulan tindakannya
bertanding sebagai calon Bebas menentang wakil BN menurut SMS Media Umno.
Menurut laporan portal
portal Sinar Harian Online, beliau akan menentang calon partinya dari Barisan
Nasional (BN) Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad dan Khalil Idham Lim
(PAS) dalam pertembungan tiga penjuru.
Kamilia Ibrahim dua hari
lalu berkata, beliau kecewa dengan 'penghinaan' yang ditunjukkan BN dengan
tidak meletakkan pemimpin tertinggi dari sayap Wanita Umno sebagai calon dalam
Pilihan Raya 2013.
Semalam Timbalan Pengerusi
BN Tan Sri Muhyiddin Yassin mengatakan ahli Umno yang bertanding bebas secara
automatik keahlian mereka akan digugurkan atau dipecat.
Menurutnya, beliau tahu ada
pemimpin yang kecewa kerana tidak tercalon tetapi dalam masa yang sama ramai
juga pemimpin yang dengan rela undur diri untuk memberi laluan kepada muka
baharu.
“Untuk mereka yang tidak
tercalon, ini bukan penghujung dalam perjuangan mereka sebagai ahli politik.
“Kita ucap terima kasih
kepada pengorbanan mereka selama ini dan hargai jasa yang telah mereka
sumbangkan kepada rakyat dan harap mereka tidak berhenti memberi sokongan,”
katanya dipetik dari agensi berita nasional, Bernama.
No comments:
Post a Comment