Oleh : MASIAU MAKLIN
TINDAKAN pihak berwajib
menguburkan sebahagian daripada bangkai Pengganas Sulu yang terkorban di Lahad
Datu di kawasan perkuburan di Kg.Bawang, Pitas menimbulkan banyak persoalan di
kalangan rakyat Pitas.
Salah seorang yang
menyatakan rasa terkejut ialah Paluyan Marutin, seorang pemimpin kaum
Kimaragang dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Anak Negeri semasa era PBS
dan awal pemerintahan BN di N.3 Pitas.
Sebagai seorang yang
mengetahui tentang adat budaya kaum peribumi di Sabah, Paluyan menimbulkan
beberapa persoalan ekoran tindakan ini. Perkara utama ialah, apakah asas utama
dari segi perundangan, eksekutif mahupun adat budaya yang membolehkan pengganas
tersebut dikuburkan di Pitas?
Kita sedia maklum bahawa
kriteria seseorang dikuburkan di sesuatu kawasan perkuburan kampung ialah di
mana orang tersebut adalah penduduk asal di kampung tersebut. Lantas Paluyan
menimbulkan keraguan apakah pengganas tersebut memang benar memiliki Mykad yang
beralamat di kampung berkenaan?
Kalau pengganas tersebut
tidak memiliki Mykad, apakah asas dan kriteria lain yang membolehkan di kubur
di kawasan tersebut? Apakah wujud mana-mana asas perundangan dalam negara
mahupun konvensyen perang antarabangsa yang perlu dipatuhi?
Paling penting, Paluyan
mempersoalkan tentang Sogit. Adat tidak pernah terhapus dan amat mengecewakan
kerana pihak berwajib membelakang adat yang menjadi amalan tradisi semua kaum pribumi
di Pitas.
Dalam isu ini, beliau
menambah bahawa Sogit mesti dibuat bukan sahaja untuk penduduk kampung
berkenaan malah kepada semua rakyat di Pitas.
Isu lain yang timbul ialah
soal tuntutan di kalangan waris para pengganas tersebut. Oleh kerana kuburan
merupakan salah satu bukti tuntutan tanah adat melalui Ordinan Tanah 68, rakyat
bimbang bahawa pada suatu masa kelak akan timbul tuntutan hak di kalangan waris
para pengganas ekoran kewujudan kuburan tersebut.
Sesungguhnya peristiwa ini
amat malang dan tragis bagi rakyat Pitas. Paluyan berkata bahawa selagi pihak
berwajib tidak tampil memberikan penjelasan maka selagi itu rakyat dalam persoalan
dan membuat pelbagai andaian.
bukan saja di pitas penganas itu dikubur malah di keningau juga antara tempat penghianat itu di kubur sebanyak 4 bangkai , timbul tanda tanya kenapa penghianat itu di kubur di daerah saya malah dekat dengan tumpah darah saya???????
ReplyDeleteaku tgok, antara rasional,mungkinlah...
ReplyDeletepggans tu dari sulu,
jd mrk ditanam d tempat yg jauh dari kpulaun sulu supaya waris atau anggota mrk yg lain susah mau bawa keluar atau pulang. lgpun tempat pedalaman tu kurang org sulu. jd org2 mrk tidak banyak tahu selok belok kaw pedalamn tersebut.ini myukarkan kawan2 pganas itu. itulah ant rasionalnya kali.
kalau ditanam sekitar lahad datu, sdkan, kunak, tawau atau smpurna, kk yg dekat dgn prsisisran laut, sekutu pgganas ni sangat mahir dan suda masak dgn jalan2 dan kawasan tersebut. logik kan?
dan kena ingat juga, pgganas tu cuma dikuburkn sementra shj sementara menunggu waris mrk tuntut. nanti cukup masa, mgkn ia akan dipindahkn dan dikumpul di suatu tempt. apapun pasti ada sebab knp mrk ditanam di kaw tersebut! belajar utk fikir dan cari kewajaran sesuatu tindakan. phk keselamatan bukannya buat sesuka hati.