Saudara Pengarang,
KERAJAAN Sementara Sabah
dengan angkuhnya mengusir Tian Chua, bekas MP yang telah terbang ke Sabah untuk
berkempen tetapi disumbat balik ke dalam kapal terbang dan diterbangkan balik ke
Kuala Lumpur pada hari yang sama, kononnya tidak dapat menjamin ketenteraman
awam di Sabah; berbanding layanan awal kepada Pengganas Tanduo.
Setakat ini, Kerajaan
sementara Sabah dan 'Caretaker CM' Datuk Musa Aman telah banyak mengunakan Seksyen
66 Akta Imgrisen untuk menghalang seteru politik BN; menyebabkan ramai aktivis
NGO yang Pro Pakatan Rakyat diharamkan masuk ke Sabah.
Persoalan yang belum
terjawab, apakah dosa dan kesalahan besar mereka ini dihalang memasuki Sabah? Jika
atas faktor keselamatan Sabah, sememangnya agak melucukan dengan alasan yang
diberikan Kerajaan Negeri Sabah selama ini; malah boleh disabitkan dengan
penyalahgunaan kuasa untuk kepentingan politik.
Ketidak wajaran ini
sepatutnya menjadi keutamaan jika STAR atau SAPP berjaya membentuk kerajaan negeri
baru Sabah; maka mereka harus mengharamkan dua manusia iaitu Tun Mahathir
Mohammad dan Presiden Perkasa yang ingin membakar kitab suci Kristian itu daripada
menjejakkan kaki mereka di bumi Sabah lagi.
Kita sedia maklum bahawa ibu
segala masalah di Sabah ialah PATI yang diberikan IC sejak zaman Tun Mahathir.
Semua rakyat Sabah tahu dosa Tun Mahathir ini berlanjutan sehingga mereka yang
mendapat IC Projek menjadi pencetus kepada insiden berdarah Tanduo.
Manakala Ibrahim Ali pula
telah melukai hati penganut Kristian di Sabah dan Sarawak kerana sifat rasis yang
menebal sehingga mengancam ingin membakar kitab suci 'bible' yang mempunyai
perkataan Allah.
Salam Hormat,
No comments:
Post a Comment