Tuesday 16 April 2013

MASALAH DIATASI JIKA CALON LDP MENANG







TERIMA KASIH....Salah Seorang Murid Cemerlang UPSR menerima sebuah computer Riba yang disanpaikan V.K Liew.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SANDAKAN : Presiden LDP, Datuk Liew Vui Keong, berkata beliau akan mengarahkan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) supaya turun padang bagi mengenal pasti kerosakan seperti mana yang didakwa penduduk setempat.

Katanya, Parti Liberal Demokratik (LDP) akan memberi keutamaan untuk memperbaiki dengan segera kerosakan di Jalan Cecily sekiranya calon dari parti itu memenangi kerusi Karamunting pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.

"Kita akan memberi keutamaan untuk memperbaiki kerosakan Jalan Cecily sebaik sahaja calon saya menang dan menjadi wakil rakyat di Karamunting nanti," katanya.

V.K Liew menambah kegagalan MPS dalam melaksakan tanggung jawabya dalam penjagaan kebersihan di semua tempat khususnya di kawasan-kawasan taman-taman perumahan adalah bakal  mengundang kepada kekalahan calon-calon BN yang bertanding di kawasan Parlimen Sandakan, Elopura, Tg Papat dan Karamunting  PRU 13 ini kerana sudah pasti rakyat marahkan wakil rakyat mereka.

Belia berkata demikian kepada Media semasa ditemui di Majlis Penyampaian Komputer Riba 1Malaysia kepada Pelajar-Pelajar Cemerlang UPSR 2012 di Tokong Sandakan Che Siang Khor Moral Uplifting Society, di sini, kelmarin.

Pada majlis itu, seramai 61 pelajar cemerlang dari 10 buah Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) sekitar bandar ini masing-masing menerima komputer berkenaan sebagaimana dijanjikan kepada mereka sebelum ini.

Sementara itu, penyandang kerusi di Parlimen P.186 Sandakan ini memberitahu LDP akan bertanding di kesemua kerusi yang dipertandingkan pada pilihanraya-pilihanraya lepas.

Sambil membayangkan akan ada muka baru yang diketengahkan parti itu dalam PRU-13 kali ini, Liew optimis calon-calon bakal bertanding nanti mampu memenangi pertandingan berdasarkan sokongan rakyat terhadap Barisan Nasional (BN).

Terdahulu sewaktu berucap pada majlis itu, beliau berharap pemberian komputer riba dimanfaatkan sebaik mungkin bagi membolehkan penerima menambah ilmu pengetahuan sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat.

Menurutnya, pemberian komputer riba kepada pelajar-pelajar cemerlang berkenaan adalah membuktikan keikhlasan dan keprihatinan BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak untuk membantu semua golongan.

"BN adalah sebuah parti yang terbaik kerana rakyat tanpa mengira fahaman semuanya mendapat manfaat. Contohnya, pemberian komputer riba kepada para pelajar yang jelas membuktikan usaha BN bagi meningkatkan ilmu pengetahuan," jelasnya.

No comments:

Post a Comment